Buku oh buku....


Saya suka buku... kalau berhajat nak beri hadiah, bolehlah mempertimbangkan mana-mana buku yang bersesuaian. Malangnya saya selalu berkesempatan membaca 10 muka surat yang terawal. Itu pun kalau saya betul2 berkelapangan. Kewajiban lain lebih banyak memyebabkan masa membaca saya terpinggir.




Alhamdulillah sekarang ni macam2 buku yang portable. Kecil dan mudah dibawa...dan isinya menarik dan terkesan. Kenapa kita perlu membaca??...sebab paling utama untuk menimba ilmu. Tapi sebab lain ialah untuk berehat. Saya rasa betul2 berehat bila dapat membaca. Masa membaca adalah masa berehat.




Kita letih...penat...dan ingin berehat. Kita sangat ingin berehat... kita pun memilih progam kerehatan kita...tidur, bersantai di tepi pantai, minum teh tarik, menonton tv, membaca majalah, makan kek, minum ABC, window shopping , layari internet... Apabila dapat melakukan aktiviti yang kita ingin lakukan kita sangat puas dan selesa.




Pernahkah kita mendengar orang berehat dengan SOLAT.


Agaknya macam itulah orang yang menjadikan waktu solat sebagai waktu rehatnya. Mereka menikmati waktu solat. Tidak terasa beban dan berat. Mereka zuk dengan solatnya. Mereka gembira melakukannya, ternanti-nanti saat untuk melakukannya...mereka memanjangkan solat dan memperindahkannya.




Ya Allah...masih adakah kekuatan untuk kami melakukan solat dengan penuh kerelaan. Sedangkan seluruh kekuatan itu datangnya dariMu. Ya Allah sesungguhnya ia bermula dari pengurusan hati kami. sedangkan pengurusan hati ini tidak dalam jangkauan kemampuan kami. Wahai pemilik hati kami Engkaulah yang menghijab antara kami dan hati kami sendiri.


Sebagaimana firmanMu:


"Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya." (al Anfal:24)


































Comments

Popular Posts