Apa nama lubang di depan rumah???


Saya suka untuk menulis kembali suatu sketsa dari buku yang saya baca..Quantum Tarbiyyah oleh Solikhin Abu Izuddin (penulis Zero to Hero)

Seorang anak kecil berlari-lari mendapatkan ibunya di dapur, "Ibu, apa nama lubang yang di depan rumah? soal si anak .
"tanyalah pada ayahmu, ibu sedang memasak ni.."
Si anak pun berlari mendapatkan ayah di ruang tamu.
" Lubang di depan rumah itu apa namanya ayah?
"Tanya pada kakak, ayah sedang membaca surat khabar ni.."
Anak kecil itu pun berlari mendapat kakak di biliknya.
"kak, apa nama lubang di depan rumah..?
"perigi.." jawab si kakak.
"Ya..perigi..kalau begitu tolong cepat...adik terjatuh dalam perigi yang di depan rumah"

Jangan mengambil remeh walaupun perkara kecil

Comments

  1. Entah-entah dah lemas si adik tu dalam perigi sementara nak tunggu orang beri jawapan..hehehe.. Pertanyaan si kecil, harus diendahkan oleh kita sebagai orang dewasa kerana jika mereka bertanya bermakna mereka ingin belajar sesuatu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. it takes almost 7 years to reply your comments k.tirana..what a hu..hu

      Delete
  2. akak..reply la commet yang org2 bagi..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Kasihan betul budak tu. Itulah, kena ambil cakna lebih.

    Salam ukhuwwah dari saya. Kalau kelapangan jemputlah ke blog dan boleh bertukar pendapat dan link.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts