Mengenali Baitul Maqdis Mencintainya
Baitul Maqdis merupakan aqidah kaum Muslimin yang mempunyai kedudukan yang amat tinggi. Ini disepakati seluruh muslimin, mazhab dan alirannya. Justeru kita melihat kaum Muslimin begitu konsisten membela,menjaga kehormatan sehingga sanggup mengorbankan jiwa dan harta benda untuk melindunginya.
Baitul Maqdis merupakan:
1) kiblat pertama umat Islam semenjak kewajipan solat diturunkan melalui peristiwa Isra' dan Mi'raj pada tahun ke 10 kenabian Rasulullah atau 3 tahun sebelum hijrah. Kaum Muslimin ketika itu bersolat mengadap Baitul Maqdis sehingga turun ayat 150 surah al Baqarah.
2)negeri isra' dan mi'raj. Allah telah menjadikan Baitul maqdis sebagai perhentian(transit) terakhir perjalanan isra' di bumi dan permulaan perjalanan mi'raj ke langit. Perjalanan pada malam penuh berkat dari Masjidil Haram di Makkah dan berhenti di Masjidil Aqsa merupakan ketentuan Ilahi. Di Masjidil Aqsa, Rasulullah menjadi imam para nabi dalam solat mereka. Ini merupakan isyarat dari Allah swt tentang pemindahan kepimpinan agama dari umat Bani Israel kepada umat baru, Rasul baru dan kitab baru.
3) kota besar Islam ketiga. Pertama ialah Makkah al Mukarramah. Kedua ialah Madinah al Munawwarah. sabda Nabi saw,"Janganlah kamu bersegera untuk mengadakan perjalanan kecuali untuk menuju tiga masjid iaitu masjidil haram, masjidil aqsa dan masjidku ini." HR Bukhari dan Muslim
4)negeri Kenabian dan penuh keberkatan. Baitul maqdis merupakan sebahagian dari palestine bahkan jantungnya. Allah swt menyatakan sifat negeri ini dengan keberkatan pada 5 tempat di dalam al Quran:
i) "yang kami berkati sekelilingnya.(al Isra':1)
ii)"Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Lut ke sebuah negeri yang Kami telah memberkatinya untuk sekelian alam"(al anbiya':71)
iii)"Dan Kami pusakakan kepada kaum yang telah tertindas itu, negeri-negeri bahagian timur bumi dan bahagian baratnya yang telah Kami beri keberkatan kepadanya. Dan Kami sempurnakanlah perkataan Tuhanmu yang baik(sebagai janji) untuk Bani Israel disebabkan kesabaran mereka"(al A'raf:137)
iv)"dan (telah kami tundukkan) untuk sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang kami telah memberkatinya"(al anbiya':81)
v)"Dan kami jadikan di antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu(jarak-jarak) perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam dan siang hari dengan mana." (as Saba':18)
5) negeri persediaan dan jihad. Diriwayatkan daripada Abu Umamah al Bahili, Nabi saw bersabda " Suatu kelompok dari umatku akan tetap dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka kecuali apabila mereka ditimpa kesusahan sehingga datang kelapangan dari Allah dan keadaannya seperti sediakala." para sahabat bertanya"Di manakah tempat mereka itu wahai Rasulullah? Baginda saw menjawab"Di Baitul Maqdis dan di bawah lindungan Baitul Maqdis"
Ada beberapa nama yang pernah dipakai untuk ibu kota Palestine ini iaitu:
1. Ursyalim. nama asal yang diberikan oleh pengasas kota iaitu kaum Yabussiyun. nama ini tertera dalam kitab Taurat
2. Jerussalem. nama yang popular digunakan oleh orang israel dan barat = Ursyalim
3. Eliyah. nama sebutan orang Kristian sebelum kota ini ditakluk oleh orang Islam pada masa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.
4.al Quds. sebutan lain bagi Baitul Maqdis. Inilah sebutan bagi kita umat Islam
Sumber:Buku Baitul Maqdis tanggungjawab sertiap Muslim tulisan Dr Yusuf al Qardhawi
Comments
Post a Comment