Ramadhan



Ramadhan telah tiba..dan kini telah berlalu 1/3...


Siapa yang dapat menduga...Ramadhan ini kita ada


Ramadhan ini kita berpuasa...kita berbuka


kita gembira atas nikmatnya...dua kegembiraan mukmin...


tatkala berbuka dan melihat wajjahNya di Hari akhirat.




Ramadhan ini ..tahun ini...


semua makhluk mensyukuri...


pintu-pintu neraka terkunci..


syaitan musuh kita tergari..


tiada halangan untuk menggapai redha ilahi




Ramadhan ini kita santuni


doa dipanjat sepenuh hati.


al Quran dibaca menusuk sanubari


Solat dilaksanakan sedekah diberi


ibadah merancak di sana sini


nikmat Ilahi banyak sekali


bergembira mukmin di sana sini


dunia terasa aman dan dirahmati


ramdhan pergi pasti ditangisi




Ramadhan menyinar memberi keberkatan


Ramdahan hadir mencurah kerahmatan


Ramdhan dinanti kerana adanya keampunan




Jika Ramadhan dirai kerana Bazar makan-makan


Atau baju raya sedondon berpasang-pasang


akhlak dan perkataan tidak diendahkan


kuih dan lagu raya diutamakan


program raya di tv dibesar-besarkan


adakah ini puasa yang kita raikan


inikah puasa yang Rasulullah anjurkan




Pada diri bermonolog sendiri


adakah Ramdhan tahun hadapan aku bernafas lagi?


adakah Ramadhan tahun ini


amalku ibadahku diterima ilahi?


Ya Allah...dalam Ramdhan yang masih berbaki ini


aku menadah tangan mohon dikasihani


terimalah amalku yang sekelumit ini




Ya Allah Pemilik segala Jiwa


terimalah taubat hamba yang berdosa


masukkanlah kami dalam golongan hamba


yang dibebaskan dari api neraka


Comments

Popular Posts