Medan itu getir....



Setiap dari kita adalah pejuang di medan ilmu

siapa pun kita...setiap manusia adalah pejuang ilmu.


Pejuang ilmu tidak boleh kalah... akhir sebuah perjuangan kita mesti MENANG.

Andai kita adalah pejuang bangsa yang melangkah kaki ke medan pertempuran...

diakhir perjuangan ...menang atau mati MULIA

mereka punya pilihan lumayan menang atau mati mulia

tapi pejuang ilmu ..pilihan hanya satu

menang sebagai orang berilmu yang tinggi himmah

atau.....



Pejuang di medan ilmu..kalian menggalas amanah agama

amanah ibubapa atau guru-guru sampingan sahaja.

perjuanganmu untuk agama..lillahi taala

kejayaanmu adalah kejayaan agama


Tetapkan keyakinan pada guru yang sentiasa redha

kerana redhanya guru kalian sangat berharga

tetapkan kesungguhamu pada budi bahasa

kerana budi bahasa biasan kejayaan

tetapkan kejujuranmu pada ibubapa

kerana keikhlasan mereka membawamu ke syurga

tetapkan persaudaraanmu pada rakan taulan

kerana ukhuwah yang sejati inti keimanan


Medan ini getir anakku

Medan ilmu ini musuhnya tidak nyata

di medan tempur kau boleh mengelak menangkis

pada musuh yang menyerang dan mengancam

siapa musuhmu....

nafsu yang membelenggu

syaitan yang menghasut

diri yang tidak bersedia...


tetapkan kakimu anakku

kau akan bersedia

melangkah dengan gaya

seorang pejuang harapan agama

Comments

Popular Posts