Hari itu hari Jumaat. Hari akhir semester pertama. Selepas itu pelajar-pelajar di hadapanku akan mengecap 2 minggu cuti persekolahan. Tampak jelas keceriaan dan semangat 'cuti sekolah' pada wajah mereka. Jam menunjukkan 12.15 tengahari. Tinggal beberapa minit lagi sebelum gema 'horeyyy' akan memecah keheningan kelas. Hening...yelah.... kerana itu syarat yang aku minta mereka patuhi sekiranya mereka mahu dilepaskan 'on-time'...walaupun suasana hening berjaya ku bina....tapi tidak terhadap pandangan mata mereka...meliar ....melihat rakan-rakan yang lain mulai menuruni tangga sambil melemparkan senyuman sinis. Ahhh..anak-anakku...usia 14 tahun yang kalian sandang itu meluahkan seribu keletah..yang mewarna pelbagai emosiku.




Tinggal beberapa minit lagi...dan aku perlu beramanat..semoga anak-anak dihadapanku punya sekelumit bekal mengharungi cuti mereka.




"Dulu zaman ustzh kecik... tv hanya ada 3 siaran sahaja. TV1, TV2 dan TV 3...itu pun start dah petang-petang." Aku memecah hening tak ikhlas yang mewarnai kelas saat itu.



"Beza dengan sekarang.....tak terkira banyaknya saluran ..macam2 ada"



"Kalau antum nak tahu...itulah sebabnya antum selalu menghadapi masalah untuk fokus di dalam kelas."




"Apa pulak kaitan TV dan fokus di dalam kelas?"

Lalu aku pun memberi penerangan ....



Sedari kecil lagi anak-anak telah didedahkan dengan TV. Anak akan diam terpegun sementara TV terus lincah beraksi. Anak dalam keadan PEGUN manakala imej tv berGERAK. Inilah yang saban hari anak-anak lalui seawal usia 8 bln(mungkin awal lagi). Kesannya anak akan diam dan dikatakan mempelajari sesuatu. Kesannya juga..apabila si anak memasuki alam persekolahan mereka menghadapi masalah kerana di dalam kelas anak akan diam PEGUN dan guru pula biasanya taklah selincah imej di monitor TV. Mereka akan BOSAN...perasaan bosan ini akan menyebabkan mereka membina imej khayalan di minda seperti imej TV. Selalu guru akan mengatakan mereka berangan.


Lihat bagaimana cara pendidikan yang Rasulullah anjurkan...galakan memanah dan berenang. Mari kita lihat perkaitan aktiviti memanah .... si anak akan memegang busar dan menumpukan perhatian terhadap sasaran yang pegun. Aktiviti berenang juga begitu...apabila kita berenang ..kita akan fokus untuk sampai pada sasaran yang pegun. Ini adalah cara praktikal mengasah fokus.


Apakah boleh kita membetulkan kesilapan dalam mendidik??? InsyaAllah boleh...dan belum terlambat. Caranya minta anak-anak banyak membaca al Quran dan membaca buku. Bila anak melatih dirinya membaca..ia melatih dirinya untuk sabar dalam memberi fokus. Ada anak yang mudah melalui latihan ini ada yang perlu sokongan dan bantuan.


"Rasanya betul tak ustzh cakap?" Aku menguji teori TV dan fokusku kepada pelajar-pelajar.


Ramai yang mengangguk-angguk kepala.

"So... cuti nanti boleh tak kurangkan seminima mungkin menonton TV. Kalau nak berubah ia bermula dari diri kita."


"Banyakkan membaca al Quran dan membaca buku yer..."pintaku pada anak-anak didikku yang ku lihat ikhlas menatapku dalam beningnya mata meraka.


Jam 12.35...aku melepaskan keluhan berat...melepaskan anak-anak ini untuk membina diri mereka...aku lepaskan dengan doa moga mereka berjaya.








































Comments

Popular Posts