Kenapa anda melawat Australia? Jaulah Pendidikan
Perjalanan bermula dari Johor Bahru sebelum transit di Kuala Lumpur. Perjalanan ke Perth dengan pesat Air Asia mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami bertolak dari Kuala Lumpur tengah malam dan sampai mendarat di Perth awal pagi. Hujan renyai dan angin sejuk menyambut kehadiran kami. Alhamdulillah kami siap memakai pakaian yang agak tebal.
Berikutnya kami menaiki shuttel/van khas yang membawa kami ke tempat sewaan kereta. Saya meminta bantuan kawan sekolah lama untuk mengurus pengangkutan dan penginapan. Terima kasih Abdul Ghaffar kerana sudi memudahkan jaulah bujet kami.
Saya tak berhasrat nak menulis detail perjalanan kami tetapi saya ingin menulis dapatan dari perjalanan kami ke negara tersebut.
1. perkhidmatan awam mudah dan murah
2. Sekiranya kita terbuat kesilapan lalulintas, contoh berhenti mengambil penumpang di tempat yang tak dibenarkan, kita akan berjemaah ditegur oleh pengguna jalanraya yang melihat akan honk memberi ingatan. Bukan buat tak tahu sahaja
3. Had laju di kawasan awam sangat perlahan iaitu 30km sejam di kawasan sekolah,tiada yang akan melanggar peraturan kerana saman sangat tinggi. Ini termasuk parking di tempat yang tak sepatutnya atau tak bayar tiket akan dikenakan saman yang sangat tinggi. Bagi kesalahan tidak memakai seat belt ialah AUS550. Kalau convert to Ringgit kena darab 3.8 (2019). Isunya bukanlah berapa banyak fine atau denda tapi PENGUATKUASAAN. its like walk the talk dan rakyat patuh dan akur kerana tiada pilih kasih, rasuah dan salahguna kuasa.
4. Kemudahan awam banyak dan terjaga. Kebanyakan pekerja am atau general workers ialah rakyat tempatan. Hanya sesekali di pasaraya dan pump station berjumpa rakyat luar yang bekerja. Semasa lawatan ke King's Park, pekerja yang melakukan gardening dan pembersihan ialah rakyat tempatan dan warga emas yang masih sihat . Begitu jug di pekerja yang membuat pembaikan jalanraya. Juga rakyat tempatan. Berdasarkan pengamatan saya mereka ini diberi kelengkapan moden dan canggih selain mungkin kadar upah yang tinggi.
5. Notis lebih awal untuk gangguan jalan raya untuk proses pembaikan. Biasanya pihak berkuasa tempatan akan memaparkan notis beberapa hari awal untuk memaklumkan pengguna bahawa akan ada kerja membaiki jalan. Satu papan tanda berlampu besar akan dipasang di tempat tesebut. Kerja baiki jalan pula hanya akan dilakukan pada waktu malam dengan signage berlampu yang dapat dilihat dari kejauhan.
6. Warga emas yang berusaha aktif dan cergas. Sewaktu di sana, saya dapat melihat ramai warga emas yang berusia lewat 70an keluar membeli barangan keperluan di pasaraya. Ada juga yang berumur 90an dilihat berjalan dengan tongkat di jalan kecil depan rumah. meskipun bertongkat dan terketar-ketar mereka memilih untuk bergerak.
7. Kempen alam sekitar di sana dijalankan dengan sebaik-baiknya. No palstic bags. Tong sampah kitar semula di setiap rumah. Penduduk akan mengasingkan sampah di tong yang sepatutnya.
8. Trust. Kami tidak berjumpa langsung dengan pemilik homestay. Kunci diletakkan di dalam kotak berkunci yang hanya boleh dibuka dengan code yang diberi oleh si pemilik. Waktu dipulangkan pun hanya letakkan kunci ke dalam kotak tersebut. Homestay rules juga perlu dipatuhi contohnya jika kita check in untuk 7 orang makan kita tak bolehlah check in 8 orang atau lebih. Jika owner buat spotcheck boleh kena blaclist atau penalty.
Comments
Post a Comment