Saya Menolaknya kerana Allah
Saya menolaknya kerana Allah
Saya punya sebuah kisah. Kisah seorang sahabat. Kisah 15 tahun yang lalu. Walaupun sudah lama dalam lipatan masa tetapi ia masih mekar dalam ingatan saya. Sahabat saya ini seorang yang biasa-biasa sahaja. Keluarganya biasa-biasa, sikapnya pun biasa-biasa sahaja. Hmmm...ntah bagaimana saya ingin menggambarkan sahabat saya ini. Beliau bukannya baik sangat tapi tidaklah jahat atau nakal. Tapi yang agak luar biasa pada sahabat saya ini beliau tidak pernah mempunyai pakwe. Wah...agak luar biasa kerana zaman sekolah tidak berpakwe. Bukan tiada pakwe yang cuba nak tackled tapi dia punya jawapan dan sebab untuk menolaknya. Kata sahabat saya ini..kalau pakwe tackle saya, saya jatuh laa...waaa...saya taknak jatuh kepada kemurkaan Allah.
Jawapan sahabat saya yang sangat skema itu bukannya dari kebijaksanaan beliau tapi....
skema jawapan itu diperolehinya ketika menghadiri ceramah di sekolahnya sewaktu beliau di tingkatan satu....time ni belum baligh lagi katanya. Ustaz yang berceramah telah membawa kisah Pemuda dan sebiji epal. Kisah ini merupakan kisah yang terkenal di kalangan pecinta yang islamik. Menurut sahabat saya ini, beliau memahami jalan cerita, kesinambungan dan natijahnya apabila menjaga syariat Allah. Wah...tingkatan satu lagi dah boleh memahami sastera tinggi tu..
Cabaran yang dihadapi oleh sahabat saya ini tidaklah hebat sangat...katanya adalah dua tiga kali dia menolak pakwe yang cuba menackle...Jawapannya sangat mudah tapi pelik...Saya menolaknya kerana Allah. Walaupun jauh di sudut hatinya kadangkala terasa... alamak nanti sapelah yang nak kan aku?? Sementelahan rakan-rakan sekolahnya banyak yang berpakwe. Tapi cool man...Allah kan ada.
Hmmm lagi satu...menurut sahabat saya ini beliau sangat yakin akan doanya. Selepas tiap kali solat ...doanya ...Ya Allah kurniakan aku seorang suami yang soleh, sabar dan penyayang. Hmmm..senang je doa dia.
Sehinggalah sewaktu tahun dua di universiti... seorang senior lelaki telah menghantar seorang wakil untuk melamarnya. Time ni dia macam gelabah sikit tapi...cool man...Allah kan ada. Yupp...sahabat saya ini telah bertanya Allah...dan jawapannya... :-) ajelah..
sesiapa yanh ingin mengetahui kisah lanjut tentang sebiji epal boleh layari blog di bawah
http://jannatulwardah.wordpress.com/2010/05/04/seorang-pemuda-dan-sebiji-epal/
Comments
Post a Comment