Lori rosak ...biar tepi jalan...akibatnya..

Kelas aka bengkel peperiksaan telah setengah jam berlalu... batang tubuh 3 orang anak muridku masih belum menampakkan balam-balam. Ke mana mereka?? Semalam dua tiga kali aku telah peringatkan mereka. Jangan lupa datang bengkel menjawab SPM bagi subjek PA!! Baik ustzh..insya Allah.
Mataku sesekali melirik ke pintu. Ishh takkan tak datang. Risau jugak. Al maklum result trial mereka ...hmmm...tak payah nak ungkit lah. Penceramah yang diundang terus meluahkan ilmu dan strategi menjawab soalan peperiksaan. Alamak....kenapa tak datang lagi???
Sedang aku mencongk-congak untuk mendail nombor salah seorang anak muridku itu....kelibat ketiga-tiga mereka muncul. Perlahan-lahan mereka mengambil tempat. Aku pun bingkas bangun dan menghulurkan kertas edaran.

Kenapa lambat???
Owh...jammed ustazah!!
Jammed.?? Pagi Sabtu macam ni??? Biar betul??
Betul..( sambil membuat muka yang boleh dibaca: kalau tak percaya...suka hatilah)
Kenapa???
Ada accident.
Kat mana???
Ala dekat Taman U...dekat-dekat dengan Shell.
Owh yang ada lori kecik warna putih tu.
Aah...ehh..ustzh tahu pulak. (muka terperanjat bercampur muka happy sbb dipercayai)
Ana lalu kat situ ... lori putih tu rosak,pastu letak kat situ, takde apa2 sign pun. Ana pun sikit lagi nak terlanggar.
Ada motor nak elak lori tu tapi terjatuh pastu kena langgar dengan kereta lain. Kami nampak banyak darah...polis pun dah datang.
Hmm....antum dah lambat ni. banyak tertinggal.... Tolong fokus betul2.

Aku tak mahu memanjangkan sesi soal siasat. Segera ku minta mereka membuat tugasan yang diarahkan penceramah.

Sebetulnya tadi aku macam tak percaya.Hati kecilku berkata... mereka ni memang suka buat alasan. Sebagai guru kita selalu menghukum sebelum memahami situasi atau permasalahan anak murid. Kesalahan 2-3-4 kali terus dicop anak murid tersebut sebagai orang bersalah dan bermasalah. Hakikatnya...memanglah mereka sedang belajar dan akan buat salah dan pasti buat salah. Sebagai guru aka pendidik kenalah banyak bersabar dan berlapang dada.

Hmmm...memang mudahkan berkata-kata. Itulah sebabnya aku suka menjadi pendidik kerana aku akan selalu mendidik diri. Dan merekalah anak muridku yang mendidik diriku. Terima kasih ye...


P/s: Byk tau kenderaan rosak tersadai tepi jalan..tunggu masa meragut nyawa.. hati-hati di tepi jalan.

Comments

Popular Posts