Muda untuk Tua...
Saya amat bertuah...sedari kecil saya ada ibu dan ayah. Di jaluran ibu,saya punya datuk dan nenek. Di sebelah ayah saya dianugerahi seorang nenek namun datuk sebelah ayah saya telah meninggal dunia sejak ayah kecil. Saya menghabiskan usia kanak-kanak, remaja dan dewasa bersama mereka.
Saya akan menghabiskan sebahagian besar cuti sekolah di rumah nenak dan datuk di kampung di Muar. Kampung yang konvensional...ada sawah padi, ada pokok getah, ada basikal palang, ada perahu tambang untuk menyeberang ke kampung sebelah ( Sg Bilah, Bukit Gambir)....dan ada motor Honda70 dengan plat MA5 ( sangat berusia).
Nenek dan datuk saya pun sangat konvensional...macam cerita dalam drama/cerekarama... ditinggal anak-anak yang berhijrah meninggalkan kampung halaman. Ada pokok getah, sawah padi di hujung kampung, kebun buah-buahan yang kadang-kadang katanya disinggahi pak belang dan pak gadang.
Kini rumah kampung itu telah ditinggalkan.Usang, terbiar, reput...anak saya kata macam rumah hantu. Sangat nostalgik. Sebagai satu-satunya anak ibu yang dilahirkan di rumah itu..ia sangat nostalgik...
Di sebabkan tiada anak yang tinggal di kampung, datuk dan nenek telah berpindah ke rumah anak-anaknya apabila kesihatan datuk saya semakin menyusut. Datuk saya yang menghadap taqdirnya...tua setelah muda akhirnya menghembuskan nafas di rumah anak lelakinya.
Sesungguhnya menghabiskan masa bersama orang-orang tua merupakan tarbiyyah imanniyah yang sangat berkesan. Bila meneliti garisan kedut di wajah mereka yang dimamah usia kita dapat menerjah sisi kehidupan kita di masa hadapan. Selalu saya berkata dalam diri...sekarang aku memanglah muda tapi...suatu masa nanti aku akan tua..macam mereka. Waktu tuanya kita akan datang... jika Allah mengizinkan. Jika tidak.... kita tidak mengecap usia tua ,....tak dapatlah usia bonus... menadah hari dengan ibadah.
Hakikat bahawa saya budak bandar memang tidak pernah jadi kebanggaan. Persekitaran yang sesak dan seba serbi deras. Ramai yang melihat ruang sebagi peluang.
Saya dibesarkan di tempat yang jaraknya 13km sahaja dari bandaraya Kuala Lumpur.Terselit di tengah kerancakan pembangunan Kehidupan remaja era tahun 80-an dan 90-an yang bersekolah di pinggir bandar..... bukanlah suatu kehidupan yang mudah. Waktu itu di keliling kelalang saya pelbagai sindrom remaja berlaku.. skating, disco, budak CM (central market), Semua House ... Biasanya saya akan pergi ke sekolah dengan menaiki bas Selangor Omnibus...bas berhenti-henti yang bermula dari Puduraya. Selalu berlaku apabila bas yang dinaiki untuk ke sekolah berhenti untuk mengambil kami, terdapat rakan pelajar sekolah saya akan turun dari bas dengan pakaian dan wajah yang sangat mencuakkan. Mereka menghabiskan hari gelap mereka di kota seribu lorong itu jauh dari bayangan ibubapa.
Allah swt ingin memberi saya didikan. Tarbiyyah yang baru kini disedari. Syukurnya walaupun cabaran kehidupan remaja begitu hebat..saya dapat bertahan. Saya tidak dipengaruhi kerana biasan-biasan wajah tua datuk dan nenek akan menghambat fikiran saya dari memikirkan keseronokan dan hanyutan duniawi. Hening malam di kampung banyak membawa saya untuk berfikir tentang hakikat kehidupan ini. HIDUP INI HANYA SEMENTARA. Lelah tua datuk dan nenek membawa saya menginsafi untuk menggunakan kudrat selagi muda. Keputusan saya memilih sesuatu perkara banyak didasari detik kebersamaan saya bersama datuk dan nenek.
Waktu saya menulis nota ini..Tahun Baru Cina masih belum menutup tirainya..di pinggiran bandaraya Johor Bahru percikan bunga api mewarnai langitnya... di utara selatan timur dan barat. Saya baru sahaja berbual dengan ibu. Setengah jam beliau bercerita tentang nenek yang semakin uzur. Semakin banyak mendiamkan diri. Seakan sudah jemu untuk berbicara sementelahan usianya kini menongkah 80 tahun. Untungnya nenek saya kerana di sisinya ada seorang anak yang memanjakannya, mengusap wajahnya, mengucup pipinya dengan begitu kasih. Saya ingin sekali berdoa dan amat berharap semoga Allah memudahkan perjalanan nenek saya yang dikasihi.
Usia saya pun beransur semakin deras..

semoga Allah memberkati usia ustazah
ReplyDeleteJazakallah atas doanya..moga untuk anta juga hayat yang diberkati
ReplyDelete