Sifat Mendorong Melakukan Dosa
Alhamdulillah tadi sempat berbulatan gembira ... antara tazkirah yang disampaikan ialah 4 sifat yang mendorong kepada perbuatan dosa.
Apakah itu dosa?
Maksud dosa atau azzanbu ialah perbuatan yang melanggar perintah atau hukum Allah swt
Pastinya kita semua takut untuk melakukan dosa. Lantaran hukuman(had) dan kesannya kerana melakukan dosa. Dosa boleh dibahagikan kepada dua iaitu dosa besar dan dosa kecil. Dosa-dosa besar adalah dosa yang ditentukan balasanNya dengan Neraka.Na'uzubillah.
Dosa-dosa besar:
1. Menyekutukan Allah (syirik)
2.Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah(kecuali alasan yang dibenarkan)
3.makan harta anak yatim
4.makan riba
5.melarikan diri dari medan peperangan
6.menuduh wanita yang menjaga kehormatannya(dituduh berzina)
7. berjudi
8. minum arak
9.mengumpat
10. mengadu domba
Dosa-dosa kecil:
Dosa yang dilakukan selain dosa besar. Bagi dosa kecil , jika seseorang hamba melakukannya secara berterusan, maka ia akan menjadi dosa besar
Bentuk dosa:
1.Dosa kerana meninggalkan yang wajib, maka ia wajib diqada.
2. Dosa antara hamba dengan Allah seperti minum arak, maka hendaklah ia menyesali serta berazam tidak mengulangnya
3.Dosa seseorang dengan manusia lain, paling sukar kerana melibatkan harta, juwa, kehormatan dan sebagainya
4 sifat yang mendorong kepada perbuatan dosa
1. Sifat rububiyah(ketuhanan/kekuasaan)
Sifat ini mendorong diri menjadi sombong, bangga dan suka kepada pujian. Mungkin sebahagian dari kita contohnya menggunakan kuasa sebagai guru untuk memarahi anak murid lantaran kekuasaan yang kita ada. Atau seorang pemimpin yang mempunyai kekuasaan memerintah orang bawahan. Atau seorang bapa atau ibu yang sewenangnya mengkasari anak-anak lantaran kekuasaan yang mereka ada.
2.Sifat Syaitaniah(kesyaitanan)
Sifat syaitan yang penuh dengan kedengkian, zalim, tipu helah, penipuan dan kekafiran_engkar). Ini mungkin terjadi atau menimpa kita yang merasa iri melihat kesenangan orang lain. Atau pada pelajar yang merasa dengki melihat kepandaian rakannya. Atau tindakan seseorang yang menzalimi orang bawahan dengan tugasan yang tidak sepatutnya.Atau sikap orang bawahan yang engkar pada tanggungjawab yang dimanahkan.
3.Sifat bahimiyah(kebinatangan)
Sifat kebinatangan ialah antaranya tamak, rakus, tidak berakal, hanya mengikut naluri dan nafsu. Sifat ini apabila menjangkiti manusia akan menyebabkannya rakus pada milik orang lain, apabila bertelingkah hanya mengikut nafsu bukan akal. Ini mendorong manusia itu antaranya menderhakai ibubapa semata-mata kerana menurut kata rakan-rakan atau kerana menuntut perkara material. Bagi seorang dewasa pula apabila sifat bahimiyah ini mendominan akan menyebabkan mereka pecah amanh sebagai orang yang dipercayai di rumahtangga, di pejabat, di dalam perniagaan atau di dalam organisasi.
4.Sifat sabu'iyyah(kebuasan)
Sifat kebuasan antaranya tidak berperaturan, hanya mengikut pertimbangan sendiri. Pastilah sifat kebuasan ini boleh dikaitkan dengan kebinatangan tapi binatang yang lebih melampau. Ini kerana sifat kebinatangan semata-mata lebih kepada dorongan nafsu. namun bagi mereka yang diresapi sifat kebuasan ini mereka tidak langsung mempunyai petimbangan akal atau maruah atau perasaan malu. Mereka biasa melakukan maksiat dan dosa meskipun di hadapan orang lain atau meskipun dihalang. Sifat kebuasan ini mendorong mereka untuk melawan kebenaran dengan bersungguh-sungguh. Berani melawan Allah itu sudah pasti. Na'uzubillah
Comments
Post a Comment