Seiring jalan ke syurga



Masih era cuti sekolah..bagi yang belum bergelar guru sila jangan cemburu. Abaikan semua rasa atau bayangan untuk anda duduk di rumah dengan anak-anak sambil menjadi suri rumah sepenuh masa. Antara sebab saya berputus asa ketika makan gaji di sebuah firma perakaunan di kaki Bukit Nanas di sebelah sekolah Convent Bukit Nenas..di dalam Halls Buliding...ialah saya selalu terbayang-bayang untuk menjadi suri rumah waktu cuti sekolah. Lalu takdirNya yang terlakar untuk saya ..saya seorang guru.

Malam semalam saya menerima undangan dari pelajar ting 5 Sekolah MenengahIslamHidayah untuk Majlis Perpisahan di Hotel M Suite Johor Bahru. Terima kasih anak-anakku. Moga memori indah bersama akan terpahat selamanya. Andai ada salah dan silap jangan disimpan di dalam dada. Apa pun antum memang kelassss..eventhough you've got only a day to prepare that event. Espsly tayangan multimedia tuh..nanti tampallah kat youtube..tak puas... nak tengok lagi.

 Tiada  apa yang ana mampu titipkan buat antum cuma... teruskan perjuangan..jadilah insan yang berguna untuk ummah ini. Semoga kami guru-gurumu dapat memberi bekal berharga untuk digunakan di luar sana. Carilah teman yang menuntun kalian ke pintu syurga.

Sebagai guru pastinya kita akan lalui pelbagai rasa. Sakit hati, geram, marah..hmm..menyampah. Genta rasa yang tak berapa baik untuk kesihatan emosi dan jasmani tu memang biasa bertandang..tapi percayalah..kalau dia seorang guru..pasti perasaan itu hadir macam rama-rama sesat dalam rumah. Sekejap dan hilang tanpa bekas. Rama-rama ye..bukan burung gagak atau kalkatu. Hakikatnya rasa yang pahit dan kelat itulah yang menjadikan seorang guru hebat. Hatinya sakit tersayat bila ada anak-anak murid yang tersesat akhlaknya..tapi guru yang hebat tidak terhempas badai..malahan dituntunnya si anak murid dengan penuh hikmah dan belas kasihan. Memanglah terkadang suara si guru berubah nada. Maklumlah menunjuk  orang sesat ..guru yang kreatif akan menggunakan pelbagai cara untuk menjadi penunjuk jalan. Cara yang semestinya tak kena saman...

Buat pelajar tingkatan 5 Ikhlas dan Imtiyaz 2012 yang pernah menerima tunjuk ajar dariku... terima kasih kerana menjadi anak-anak muridku.. Jadi anak yang baik  buat ibu ayahmu selalu...   :)






Comments

Popular Posts