Video Bdak Baru Pandai Naik Basikal

        Zubayr mula belajar naik basikal tanpa tayar sokongan pada 25 November 2013. Pada umurnya 4 tahun lebih ..seperti juga abang-abang dan kakak-kakaknya. Latihan menunggang basikal ini saya lakukan pada waktu petang dan cuti sekolah. Saya usaha memperuntukkan waktu selama seminggu straight semwasa cuti sekolah untul latihan intensif.

Pra
latihan- memupuk semangat dan keyakinan- bermula dengan memperlihatkan video kanak-kanak lain seusia yang boleh berbasikal. Ini penting supaya anak mempunyai keyakinan diri. Setelah itu  barulah saya menanamkan rasa trust/percaya bahawa saya sebagai jurulatihnya boleh membimbingnya sehingga berjaya. Dia percaya pada jurulatihnya. Sekiranya keyakinan diri dan kepercayaan ini selesai, misi latihan akan jadi sangat mudah.
 
Saya mulakan dengan latihan satu tayar sokongan sahaja. saya perlu membuka tayar sokongan kedua. Ia berlangsung selama dua hari. Sesi latihan ini untuk mengimbang badan yang memerlukan kesabaran kerana anak berasa takut. Ketika ini kita perlu sentiasa memberikan semangat dan banyak membantunya supaya dia tidak jatuh. Penat jugalah berlari sambil berusaha mengampu badannya supaya sentiasa imbang. Lama kelamaan anak akan dapat mengimbang dengan mudah tanpa tayar sokongan sebelah kanan.

Setelah dapat melihat perkembangan yang meyakinkan. Kemudian saya  telah berbincang dengannya samada dia  bersedia untuk membuang kedua-dua tayar sokongan.Saya berusaha meyakinkan bahawa dia boleh mempercayai saya dengan membuang kedua-dua tayar sokongan.  Setelah latihan yang agak konsisten tiga hari selepas itu sudah boleh dilepaskan.

Untuk setiap kali mulakan kayuhan saya memintanya membaca Basmallah dan mengucapkan Alhamdulillah.

Alhamdulillah inilah hasilnya.

Comments

Popular Posts