Negara NGO
Negara ini negara NGO.
Ke sana ke sini
Fikir itu ini
Buat begitu begini
Mereka NGO
Rakyat tolong rakyat
NGO negara dah molek
Dah tangkas buat kerja
Dah cekap urus dana
International pun buka mata
Rakyat pun sayang mereka
Politik
Macam belum nampak arah
Harapan tetap ada
Politik dan NGO
Kalau dua2 ni molek
Memang gah negara kita.
Pertama sekali buang RASUAH
Benci ia dalam hati
Lawan ia dengan lisan
Tumbangkan ia dengan tangan
Perangi ia habis habisan.
11 Julai 2021
Shamtidar Boahari
Ini gambar yang memberikan seribu makna. Dulu menteri kesihatan yang bertindak memberi arahan, guidance kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Nor Hisham. Dr Hisham bertindak sebagai pelaksana dasar. Mudahlah Dr Nor Hisham bekerja mengarahkan anak-anak buahnya mengawal pandemik. Sekarang mungkinlah Menteri Kesihatan Kerjaan Tebuk Atap yang memberi arahan dan guidance tapi apalah yang nak diharapkan pada menteri kesihatan yang bercakap tentang air suam, tersasul Spanish Flu kepada Spanish Fly. Tiada koordinasi dikalangan mereka yang sepatutnya. maka pandemik covid pun menjadi tidak terkawal.
Comments
Post a Comment