Kapur dan pemadam
Pada suatu hari seorang guru sedang mengajar di dalam kelas. Mungkin kerana masa yang telah menginjak lewat petang pelajar kelihatan tidak bersemangat mengikuti pembelajaran bagi subjek sejarah.
"ok lah kita tak payah belajar hari ni...kita buat games." Guru itu bersuara setelah agak lama diam memikir sambil merenung pelajar-pelajarnya.
"Ok!" pelajar-pelajar menjawab dengan penuh semangat. Hilang muka kebosanan mereka.
"Kalau cikgu angkat kapur ini ramai-ramai sebut kapur. kalau cikgu angkat pemadam ramai-ramai sebut pemadam. Sebut dengan betul dan kuat ok." Guru itu memberi arahan dengan semangat.
Maka mulailah mereka melakukan permainan tersebut. Guru itu mengangkat dan menunjuk kapur dan pelajar berseru dengan kuat menyebut kapur dan sebaliknya bagi pemadam.
"Baiklah sekarang kita tukar. Cikgu hendak kamu sebut kapur bila cikgu angkat pemadam dan sebut pemadam bila cikgu angkat kapur." Guru itu memberi arahan kedua.
Permainan kedua itu berjalan dengan agak sukar.Apabila guru itu mengangkat kapur pelajar rata-rata keliru untuk menyebut pemadam. Namun lama-kelamaan pelajar dapat mengikut rentak permainan kedua. mereka tidak lagi sukar dan keliru untuk menyebut kapur bagi pemadam dan sebaliknya.
Permainan pun dihentikan. Guru tersebut berdiri di tengah kelas sambil memandang pelajarnya yang menanti bicara sang guru.
" Kalau kita lihat pada permainan pertama tadi..kita lihat semua dapat mengikut dengan mudah. Bolehlah dikatakan semua jelas yang haq sebagai haq dan batil sebagai batil.namun pada permainan kedua pula, pada mulanya kamu keliru tapi lama kelamaan kamu dapat mengikutnya sedangkan yang haq dijadikan batil dan batil dijadikan sebagai haq."Guru itu menjelaskan agak panjang lebar.
"Begitulah musuh-musuh Islam, mereka memaksa kita menukar perkara yang haq kepada batil dan perkara batil sebagai haq. pada mulanya agak sukar untuk mengikut tetapi lama kelamaan dengan pelbagai kaedah yang menarik kita mengikutnya. Musuh islam tidak pernah berhenti berusaha menukarkan nilai dan etika umat Islam. Perkara batil seperti hedonisme, pergaulan bebas lelaki perempuan, penzinaan, pakaian malahan makanan yang jelas haram dan batil kini menjadi tidak salah lagi. malahan mereka yang menentang perkara tersebut dikira bersalah."
"Yalah cikgu semua sudah terbalik sekarang. Patutlah kita tidak dapat pertolongan Allah."seorang pelajar di barisan kedua tiba-tiba bersuara.
Comments
Post a Comment