Check - up Solat
Bagaimanakah solat kita?
Anda solat?
Ya..
Bagus!
Bagaimanakah solat anda?
Adakah anda mengambil wudhu' dengan sempurna?
Adakah anda menjaga waktu...solat di awal waktu?
Adakah anda menjaga setiap rukun-rukunnya?
Adakah anda faham setiap makna bacaan solat anda?
Sekiranya anda faham..adakah anda dapat menjaga hati mengingati Allah?
Adakah anda merasakan hati merasai cinta dan kebesaran Allah?
Jawablah sendiri dan mari kita lihat kita di ranking mana?
Menurut ulama-ulama mereka yang melaksanakan solat dibahagikan kepada 5 tingkatan:
Golongan Pertama: Orang yang menzalimkan diri iaitu, orang yang tidak menjaga solatnya, tidak menyempurnakan wuduknya, tidak menjaga waktu-waktunya, batasan-batasannya dan rukun-rukunnya
Golongan Kedua: Orang yang menjaga dan memelihara waktu solanya, batasan-batasannya, rukun-rukunnya yang zahir , memelihara wuduknya tetapi tidak melawan hawa nafsunya iaitu tidak melawan lintasan-lintasanr terlintas di dalam hatinya; fikirannya dipenuhi as-was dan aneka rupa fikiran yang mencederakan solat.
Golongan Ketiga:Orang yang memelihara segala batasan dan rukunnya serta sedaya upaya menolak was-was dan gurisan hati; ia terus menerus berusaha melawan syaitan supaya musuh itu tidak dapat mencederakan solatnya. Ia solat dan ia berjihad.
Golongan Keempat: Orang yang apabila berdiri dalam solatnya ia menyempurnakan segala hak solat; rukun-rukunyanya, batasan-batasannya dan seluruh hatinya ditumpukan untuk menjaga solatnya dan haknya supaya tidak hilang barang sedikit jua dari solatnya.
Golongan Kelima:Orang yang apabila berdiri dalam solat melaksanakan solat seperti keadaan orang yang keempat tetapi ia dapat memerintahkan hatinya dan meletakkannya di hadapan Allah. Ia dapat memandang Allah dengan hatinya. Hatinya penuh dengan rasa cinta dan kebesaran Allah. Ia berdiri seakan-akan ia melihat Allah dengan mata kepalanya. Was-was dan gurisan bisikan syaitan tiada dalam hatinya. Hijab tersingkap antara ia dan Tuhannya.
Kita pun tahu kita di mana..dan inilah tempatnya golongan-golongan tersebut:
Golongan Pertama = DISIKSA ( Neraka Wail bagi mereka yang solat dan lalai)
Golongan Kedua = DIBUAT PETIMBANGAN/HISAB
Golongan Ketiga = DIMAAFKAN
Golongan Keempat = DIPAHALAI
Golongan Kelima = DIPERDEKATKANNYA KEPADA ALLAH S.W.T
Firman Allah swt:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,(iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya" Surah Al Maa'un: ayat 4-5.
“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” Surah Al-Mukminun: ayat 1-2

Comments
Post a Comment