Nak beli ustaz
Nak beli ustaz...
Biasalah kan kalau anak-anak balik sekolah dan cerita 1000 satu hal tentang sekolah dan hal berkaitan sekolah mereka. Kalau anak lelaki... biasanya sikit-sikit sahaja. Tapi kalau anak perempuan ..memang mereka sangat suka bercerita. Cerita ustzah cakap macam tu..ustaz cerita macam ni.. kawan -kawan punya hal lagilah banyak yang diceritakan.
Biasanya kita tukang dengar sahaja..dan kadang-kadang menyampuk sikit.Sepanjang pengamatan saya ustaz-ustaz ni lebih banyak diceritakan walaupun bilangan mereka agak minoriti di sekolah tersebut. Kenapa ye??
Pernahlah di suatu hari si kakak abang yang bersekolah rendah bercerita tentang apa yang ustaz2 mereka ajar atau cerita.Bila bercerita siap dengan gaya (sampai terbayang-bayang ustaz mereka mengajar). Di celah keriuhan mereka bercerita tu adalah seorang anak saya yang berumur 3 tahun lebih...tiba-tiba bersuara.
"Zubayr nak beli ustaz".
Ha!!
Semua diam dan terkejut.
Apa Zubayr??
Zubayr nak beli ustaz..
Ala kesian Zubayr..sekolah Zubayr tak de ustaz ye??
Tak de..jawabnya sedih
Ok..nanti Zubayr sekolah macam abang dan kakak.. Zubayr beli ustaz ye.
Dia senyum manakala kakak dan abangnya ketawa ..ahak ahak..ahak.
Oh Zubayr..kat neseri tak de ustaz..kalau sesekali ustaz datang agaknya best kan. Nanti boleh cadangkan pada Pusat Jagaan Iman Taman Universiti beli ustaz sekala sekali. Budak 3 tahun pun tahu suka ustaz...
Siapa yang jadi ustaz ...beruntung kan ..untung dunia..untung di akhirat. Semoga para ustaz terus gigih berdakwah dan berjuang keranaNya.
Biasalah kan kalau anak-anak balik sekolah dan cerita 1000 satu hal tentang sekolah dan hal berkaitan sekolah mereka. Kalau anak lelaki... biasanya sikit-sikit sahaja. Tapi kalau anak perempuan ..memang mereka sangat suka bercerita. Cerita ustzah cakap macam tu..ustaz cerita macam ni.. kawan -kawan punya hal lagilah banyak yang diceritakan.
Biasanya kita tukang dengar sahaja..dan kadang-kadang menyampuk sikit.Sepanjang pengamatan saya ustaz-ustaz ni lebih banyak diceritakan walaupun bilangan mereka agak minoriti di sekolah tersebut. Kenapa ye??
kredit to Teacher Muna Adilah Abd Halim...Moga sukses dunia akhirat |
"Zubayr nak beli ustaz".
Ha!!
Semua diam dan terkejut.
Apa Zubayr??
Zubayr nak beli ustaz..
Ala kesian Zubayr..sekolah Zubayr tak de ustaz ye??
Tak de..jawabnya sedih
Ok..nanti Zubayr sekolah macam abang dan kakak.. Zubayr beli ustaz ye.
Dia senyum manakala kakak dan abangnya ketawa ..ahak ahak..ahak.
Oh Zubayr..kat neseri tak de ustaz..kalau sesekali ustaz datang agaknya best kan. Nanti boleh cadangkan pada Pusat Jagaan Iman Taman Universiti beli ustaz sekala sekali. Budak 3 tahun pun tahu suka ustaz...
Siapa yang jadi ustaz ...beruntung kan ..untung dunia..untung di akhirat. Semoga para ustaz terus gigih berdakwah dan berjuang keranaNya.
Comments
Post a Comment