Catatan Sang Guru Hari Ihtifal

Hari ihtifal sekolah saya tahun ini pada 8 April 2017 di Dewan Nusa Mutiara JB.

Apa yang ada di hari ihtifal?
1. Penyampaian anugerah kecemerlangan akademik,tahfiz, akhlak, sukan, kokurikulum.
2. Persembahan tingkatan 5
3. Persembahan gendang dari Sek Pei Chun yang dijemput khas.
4. Pameran sekolah
5. Ada gerai jualan dan macam-macam lagi.

Sebagai guru yang alhamdulillah telah 16 thn berkhidmat, di hari ihtifal ini juga saya dapat berjumpa alumni2 dari pelbagai batch.

Namun bukan itu yang saya ingin highlightkan dalam post kali ini. Sebaliknya bagaimana kami guru2 merancang dan bersiap sebelum hari ihtifal.

Kami bermesyuarat dari sekecil perkara hingga sebesar perkara. Tak dapatlah saya nyatakan di sini. Dalam beberapa sesi mesyuarat kami akn berbincang dan memutuskan bersama2 setiap perkara.

Hari ini hari jumaat dan hari cuti negeri Johor. Mesyuarat hampir ke penghujungnya.

Bersyuralah..banyak berkatnya.



Comments

Popular Posts