Prinsip Akaun Senang kalau tahu tekniknya...di Sekolah Menengah Islam Hidayah





Prinsip Perakaunan ialah matapelajaran di bawah Bidang Teknik dan Vokasional. Oleh itu ia ada pelbagai teknik yang dilatih kepada pelajar supaya pelajar boleh buat akaun.

1. pelajar perlu ada skill kenal dokumen perniagaan

2. pelajar perlu tahu cara merekod ke dalam pelbagai format perakaunan. Buku catatan Pertama, lejar dan penyata kewangan. semua ada format yang perlu diingat. Tak boleh salah format dan tak boleh lupa format.

3. Ingat formula? tak banyak formula yang perlu diingat melainkan formula debit kredit. yang lain-lain tu formula asas matematik je. Hasil-belanja= untung ..semua orang tahu. dan ada sikit tambahan

4. Pelajar perlu ada skill makan cekodok sambil pegang pen dan tekan kalkulator. Saya selalu pesan pada pelajar anda hendaklah sambil makan cekodok sambil buat akaun. Akaun ni benda baru belajar (dari form 4). maka mudahlah terlupa format. Bila dah faham kena buat..menyambil pun tak apa. Biasanya bila dah nak dekat exam bukan sahaja sambil makan cekodok saya rasa sambil tido sambil buat akaun.

5. kalau anda sejenis yang malas nak baca buku tapi suka hands on bolehlah ambik akaun. 


Untuk pelajar saya dari tahun 2001 hingga 2021..maaf atas sebarang kekurangan ketika menjadi guru kalian. All the best. Jadilah orang yang amanah

 

Comments

Popular Posts