Umrah Mac 2018..kemurahan Allah swt
Bila nampak gambar ni saya berhasrat nak upload untuk berkongsi betapa Pemurahnya Allah swt. Saya tak pernah rasa mampu untuk menjejakkan kaki bersama keluarga ke Tanah Suci apatah lagi bersama ibubapa.
Pada suatu hari ada satu soalan rawak keluar dalam FB saya. Soalannya berbunyi..bandar manakah yang anda ingin kunjungi? Saya jawan Mecca dan Madina. soalan itu keluar pada Feb 2018. dan Alhamdulillah pada Mac 2018 semasa cuti sekolah suami sebut..jom kita buat umrah satu family. Saya pun bersetuju..walaupun rasa maca betul ke? Selepas itu segala usaha kami dari segi kewangan dilancarkan. Alhamdulillah parents pun nak join. Masa tu macam dapat pakej murahlah jugak. kami pergi dengan Tiram Travel.
Dan pada tahun itu jugak Allah swt izinkan saya, suami dan ibu mertua menunaikan haji.
2018 yang sangat indah
Pada pendapat saya, saya bukanlah orang berduit. Tapi perkara itu dimudahkanNya. Saya pun tak tahu nak cerita. Memanglah kami berdua ni anak sulong jadinya kami ni selalu beringat tentang kewangan. Tapi tak sangka Allah mudahkan.
Pemurahnya Allah. Jangan genggam kuat tangan kita(kedekut) maka dengan izin Allah akan hulurkan rezeki ke tangan kita kelak.
Masa saya tulis ni bulan Jun 2021. Dunia sedang dilanda COVID 19. Tak boleh pergi mana2. Lockdown lagi.Tapi asyik teringat kat Tanah Suci Makkah. dan Kota nabi Madinah. Rindu.
Bila fikiran nak ke sana teringat pulak saudara di Palestine. Tak pe kita tolong secara istiqamah..tak banyak tapi ada.
Comments
Post a Comment