Kejadian di dalam LRT

Seorang sahabat saya telah menceritakan sebuah kisah yang boleh dijadikan renungan. Suatu hari di musim cuti sekolah beliau telah membawa anak-anaknya bercuti ke Kuala lumpur dan menaiki LRT. Di Malaysia hanya di KL sahaja ada LRT..Oleh itu aktiviti menaiki LRT menjadi suatu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh mereka sekeluarga.


Seawal pagi mereka telah bersiap-siap. Mereka bertolak dari rumah datuk dan nenek yang terletak di Sg Buloh..Sebelum bertolak si ayah memberi pesanan..Semua dah siap?? sesiapa yang nak buang air...sila ke bilik kecil segera. Maka anak-anak pun bergantian masuk ke bilik kecil untuk melepaskan hajat.


Maka mereka sekeluarga pun naiklah LRT. Kelihatan anak-anak begitu teruja menaiki LRT..menikmai pemandangan kota metropolitan...menyaksikan kesibukan ibukota Malaysia.


Tiba-tiba anak yang berusia 8 tahun merapati ayahnya lalu bertanya... Ayah di dalam LRT ada toilet tak?? Si ayah menjawab dalam nada yang agak kesal...Tadi kan ayah dah suruh pergi toilet sebelum kita naik LRT ni...Anaknya tercengang kerana bukan itu jawapan yang dia mahukan. Abang tak nak buang air, abang nak tahu dalam LRT ada atau tidak toilet sahaja.


Ayah pula yang tercengang..

Comments

Post a Comment

Popular Posts