Bertemu Pemuda Ashabul kahfi??
Bertemu Ashabul Kahfi??
Saya pernah berjumpa ashabul kahfi…. Tetapi ashabul kahfi yang saya temui ini …….bukanlah ashabul kahfi seperti yang diceritakan dalam Al Quran. Tatkala saya mengenali mereka saya dapat rasakan mereka mempunyai ruh seperti ashabul kahfi.
Mereka pemuda yang dilimpahi kesenangan..kerana pendapatan perkapita ibubapa mereka. Tetapi mereka memilih untuk tidak hanyut dalam dunia kenikmatan. Dunia remaja remaji….handphone, artis, fesyen-fesyen pakaian, permainan computer, motor, kereta, teman sosial..dan banyak lagi di luar pengetahuan saya.
Mereka memilih untuk mengasingkan diri dan tidur / lelap dari dunia yang menghanyutkan mereka kepada kesesatan dan kekufuran. Mereka mengislahkan diri dan cuba mengislahkan orang lain. Mereka hidup dengan al Quran, ibadat, infaq dan dakwah. Mereka begitu international kerana menperjuangkan nasib rakyat Palestine, Iraq dan semua saudara mereka di seantero dunia.Mereka boleh berbahasa Arab dan Inggeris dengan lancar. Mereka menguasai IT dengan begitu baik. Mereka berhibur dan menghiburkan dalam lingkungan syariat. Dada-dada mereka diisi dengan 6666 ayat Allah. Dapat dirasakan kehadiran mereka ibarat secangkir air di padang yang gersang
Mereka kini bertebaran di beberapa penjuru dunia..di Mesir, Jordan, Jepun, Korea, Canada, Amerika, UK, Australia untuk menimba ilmu dan pada masa yang sama terus berjuang menjadi pemuda ashabul kahfi.
Saya bersyukur mengenali mereka dan berdoa semoga kelima-lima anak saya menjadi seperti pemuda ashabul kahfi
saya nak suami mcm mereka boleh?? ('v')
ReplyDeletemesti lah boleh..bi iznillah
ReplyDelete