Jangan switch off


















Suatu pagi di sebuah sekolah. Dalam perhimpunan rasmi tibalah sesi untuk guru disiplin membuat ucapan!!!! selama 30 minit masa seakan merangkak kerana waktu itu lontaran kalimat guru disiplin terasa amat menyakitkan pendengaran.
Untuk siapakah lontaran kata-kata itu ditujukan??
Kepada pelajar yang menyalahi disiplin( direct translation: NAKAL)
Siapakah yang mendengar kalimat yang meniti di bibir guru disiplin tadi???.
Hanya pelajar yang baik dan mengikut peraturan.
Kenapa?? Di manakah pelajar-pelajar nakal di sekolah itu??
Mereka di situ tetapi mereka meng"switch off" telinga dan hati mereka.
Bagaimana mereka boleh switch off??
Mereka telah biasa mendengar leteran, sindiran, herdikan... di rumah, di sekolah.
Akhirnya mereka berjaya memasang switch untuk on atau off deria mereka.

Dan akhirnya pelajar nakal tadi semakin nakal dan pelajar baik menjadi semakin cemerlang.

"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau(Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peruingatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka mendapat azab yang berat." Al Baqarah 6-7

Apa yang dapat kita lakukan...guru disiplin dengan tugas mereka..lontaran kata dan tindakan dengan hati mereka. Yang lain panjatkan doa dan sentuhlah hati pelajar-pelajar yang bermasalah .... Semua berperanan dan berusaha

Comments

Popular Posts