Lawatan ke Hangzhou dan Shanghai kerana ...

Berikut adalah sebahagian petikan sepucuk surat beralamat Bedok Reservior Road Singapore yang saya terima daripada bapa seorang pelajar saya:


Saya menulis surat ini untuk mendapatkan kefahaman, restu dan bantuan antum

Kami akan insaAllah membawa seluruh keluarga kami wisata ke Hangzhou dan Shanghai dari 20 hb hingga 26 hb Julai 2009. Niat utama kami adalah untuk memerhati gerhana matahari menyeluruh (total salar eclipse) yang disebut sebagai gerhana matahari paling hebat pada abad ini, iaitu yang mengakibatkan kegelapan keseluruhan yang terlam pada abad ini. walaupun gerhana itu juga kelihatan dari Asia Tenggara, namun ia menutupi hanya 20% dari matahari. manakala matahari tertutup 100% apabila dilihat di Hangzhou dan Shanghai

Semasa di sana, kami juga berharap untuk mendedahkan anak-anak kami kepada pengalaman silang sosio-budaya, sejarah Islam di China dan keadaan China masakini secara langsung.
Kami sedar bahawa beliau akan tertinggal beberapa pengajian penting disekolah sepanjang hari dia tidak kesekolah. Namun harapan kami adalah semoga peluang dan pengalaman unik ini akan memperkukuhkan pembangunannya serta menyumbang kepada peningkatan minatakademiknya justeru mudah-mudahan juga kelakonannya....


________________________________________________________________
Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar. Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus (cincin), gerhana hibrid (penuh+cincin) dan gerhana separa (sebahagian). Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.

Gerhana penuh matahari pada 22 Julai 2009 merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21. Bill Kramer dalam laman webnya menyebut:

"The eclipse passes over the Chinese cities of Chengdu, Suining, Chonging, Wuhan, Xiaogan, Hangzhou, and Shanghai by which time the duration of the eclipse is over five minutes of totality. Leaving Shanghai the path continues into the ocean encountering islands such as Toshima and Akusaki south of Japan and eventually the Marshall islands.

The maximum eclipse duration of 6 minutes and 43 seconds occurs far off the coast in the Pacific Ocean."


Namun bagi penduduk Malaysia, mereka hanya berpeluang menyaksikan gerhana tersebut dalam fasa separa dalam peratus maksimum yang kecil antara 3% hingga 18% sahaja dari kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia. Berdasarkan hadis :

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


















Semasa kejadian gerhana tersebut kami di sekolah

1. Solat sunat gerhana beramai-ramai di musolla ( waktu awal pagi selepas perhimpunan pagi)

2. sesetengah pelajar subjek geografi dapat menggunakan simulasi gerhana ( google earth simulation) bagi tempat-tempat yang dilalui matahari

3. cuaca yang mendung dan hujan...tidak dapat buat cerapan di lapangan.

P/s: kerana kesibukan masa saya kelewatan mengutus artikel ini...semoga dapat manfaatnya.

Comments

Popular Posts