Oh datuk moyang...


Jangan jaga tepi kain

Datuk moyang..kenapa dahulu kau cipta pepatah ini?
Jangan jaga tepi kain orang
datuk moyang ... salahkah jaga tepi kain orang
bukankah kebaikan lebih terserlah jika menjaga tepi kain orang???

Kini..ramai yang marah kalau ditegur
jangan jaga tepi kain I..
you jaga hal sendiri
kubur masing-msasing...

Datuk moyang..kaya raya
kaya budi kaya bahasa
datuk moyang  kaya pepatah kata
tapi  ranap bangsa ini  kerana pepatah hina itu
jangan jaga tepi kain orang


Datuk moyang...pepatah ini untuk apa??
Untuk memadam rasa prihatin dan tanggungjawab bersama?
setiap orang... aku, aku..kau,kau
jangan jaga tepi kain orang
jangan peduli apa I nak buat

Yang salah takut nak dibetulkan
yang betul segan untuk diraikan
nanti dikatakan jaga tepi kain orang

Datuk moyang... itu budaya apa??
bukankah adat kita teguhkan pasak kuatkan sendi
sesama jiran bagai saudara sedarah
sesama rakan umpama isi dan kuku
bila ke bendang, anak ditinggal senang
bila ke huma, harta ditinggal terjaga

Datuk moyang...
budi bahasa itu kuasa
tutur kata itu berharga
memberi merasa itu biasa
budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan
yang bersalah takut dan gugup
bukan  mendabik.....hak aku, apa kau sibuk.


Eh cik Minah..apa hak-hak?

Apa sibuk-sibuk?
gigi nan sebatang pun kau tak boleh tumbuhkan.. kalau bukan keranaNya
salah yang kau lakukan ..berdosa kalau tak ditegurkan.
besok dikubur aku juga dipersoalkan
seksi.....seksa.....

Jangan jaga tepi kain???????

Comments

Popular Posts