Andai ku pergi

Andai ku pergi

Nak tahu tak orang apa yang paling jahat??
Orang yang tak buat successor planning.
Apa tu successor planning??
Mengikut kata boss kat rumah saya ni... perkara tu maksudnya seorang pemimpin menyediakan pengganti dirinya  sekiranya seseorang pemimpin tu berhenti (dipecat, bertukar atau sakit atau meninggal)
Semua syarikat besar atau kecil akan buat successor planning ni. Biasanya post untuk jawatan ketua atau utama akan ada successor planning.

Apatah lagi sebuah negara. Negara ni bukan mcam syarikat konglamerat atau apa-apa. NEGARA!!!
Tapi..adalah sebuah negara tu..dulu Perdana Menteri dia buat successor planning dan telah menyediakan bakal penggantinya.Tiba-tiba Perdana Menteri tu buang akalnya dan cantas pengganti tersebut sehabis-habisnya. Penggantinya tu bolehlah dikatakan okay dan berkepimpinan. Ramailah rakyat yang sokong dan dokong. Tapi entah kenapa .. si pengganti tu di dajjalkan. Pernah juga terbaca pengakuan Perdan Menteri (dah jadi bekas sekarang ni) sebenarnya perkara yang di dajjalkan tu tak benar.

Kini.....parti politik yang sedang memerintah negara itu menghadapi krisis kepimpinan yang kronik. Mereka tak dapat menyediakan pemimpin yang diperlukan oleh rakyat. Pemimpin yang dilahirkan oleh parti politik itu lemah dan mementingkan diri. Kalau difikirkan ini berlaku kerana pimpinan atasan tak mahu diri mereka diganti oleh pelapis yang berkaliber. Mereka rasa meraka tak akan pergi atau mati. Mereka akan hidup lama, selama-lamanya.

Teringat saya pada suatu peristiwa  yang saya baca iaitu ketika Ustaz Hilmi Aminuddin  menangis di atas podium di hadapan  anggota majlis kerana terpilih kali kedua sebagai ketua Majlis Syura Partai Keadilan Sejahtera Indonesia. Dia menangis kerana merasa telah gagal mengkader  pengganti untuk dirinya. Cerita lanjut di sini.

Kalau sayangkan sesuatu barang yang berharga  pasti kita akan carikan seseorang yang betul-betul dipercayai untuk menjaganya saat kita berpergian. Inikan pula sebuah negara. Tapi yang saya tahu dan tengok ada ramai pemimpin yang berkelayakan pada parti yang bukan memerintah.

Siapa pun kita..kita kena akui yang kita tak akan hidup lama. Kita kena bersiap untuk meninggalkan dunia ini.

So andai ku pergi..maafkan aku..doakan aku..sambung perjuanganku..sebarkan Islam tanpa mengira Melayu, India, Cina. Jaga perasaan bangsa lain kerana negara ini bukan hanya didiami oleh bangsa Melayu sahaja.

Sedar diri...dah mula masuk usia senja.

Pemandangan waktu senja penunggang kuda di pantai Gaza.(kredit)



Comments

Popular Posts