siang vs malam

Siang vs malam

Suasana pagi itu nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa sesekali menerpa bangunan di aras 3 itu. Senyap dan sunyi..semua asyik menjawab soalan bagi subjek komputer. Ujian telah berjalan 20 minit..masih berbaki 40 minit lagi. Sesekali kedengaran  bunyi helaian kertas yang diselak oleh pelajar. Tiba-tiba...daun pintu bercat hijau berkeriyut ditolak angin.....Kreeeeek....kreeekkk. Mata saya beralih  melihat pintu yang bergerak-gerak sendiri itu. Pandangan dialihkan kepada pelajar-pelajar di hadapan saya. Ada yang khusyuk menjawab dan ada yang berteleku di meja... Tiada pula yang melihat akan pintu yang berbunyi sendiri itu.

Saya pernah berada di kelas yang sama suatu ketika dahulu. Bezanya waktu malam. Malam itu saya mengadakan kelas tambahan malam untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Kelas malam itu saya kendalikan dengan mengadakan latih tubi ala-ala ujian. Bunyi keriyut pintu yang ditiup angin juga berlaku...tapi bezanya waktu itu mereka melihat ke arah pintu dengan pandangan yang berbeza. Suasana sunyi dan malam.. melahirkan perasaan yang lain.

Begitulah beza perasaan yang terbit apabila berlakunya siang dan malam. Terang dan gelap. Bila terang perasaan lebih tenteram dan rasa selamat...oleh itu inilah masanya untuk bekerja dan melakukan aktiviti. Apabila malam menjelang dan suasana diliputi kegelapan kita mudah berasa curiga yang melahirkan perasaan tidak tenteram. Waktu malam ini sesuai untuk berada di dalam bangunan, berehat dan beribadah.

Comments

Popular Posts