PRU.. membuka busuknya bangkai??

Semakin dekat menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13, maka semakin galak aktiviti memancing undi dan simpati. Ada yang dah tak main pancing-pancing tapi mereka menggunakan kaedah bom ikan. Kaedah ini memang akan meraih banyak tangkapan tapi kesannya pada jangka panjang menggusarkan. Bila si penangkap ikan menjadi rakus dan tamak maka jalan paling singkat ialah dengan menggunakan bom ikan. Bila bom ini digunakan maka akan musnahlah waris-waris ikan. Dalam isu pilihanraya, bagi pendapat saya menfitnah lawan merupakan teknik menggunakan bom ikan. Walhal semua tahu bahawa bahan yang direka itu merupakan fitnah, fitnah dan fitnah.

Kaedah berkempen ini ada baiknya kerana pengundi mendapat maklumat baru atau maklumat dikemaskini. Apabila mendengar penerangan dan hujahan si pemidato, khalayak yang bijak akan membuat kajian dan penelitian. Meskipun tidak dapat dinafikan masih ada orang yang percaya bulat-bulat tanpa usul periksa tapi masyarakat bijak dan berfikir sudah mula dominan. (ini melalui pengalaman seharian). 

Ada juga pengundi luar bandar yang berstatus warga emas yang lebih selesa menjaga sejarah. Meski mereka tahu bahawa sejarah yang terlakar sudah tidak cantik dan kemas. Mereka ini mengharapkan kanvas baru tanpa mengubah lakaran asal. Ini bukan sesuatu yang mudah.Untuk berubah kanvas perlu baru dan bersih. 

Taktik menggunakan bendera untuk meraih undi bukan lagi taktik yang bijak. Di zaman yang serba moden ini  masyarakat telah dapat berfikir dengan rasional, meneliti dengan kritis dan membuat keputusan bukan berdasarkan pandang dengar tetapi mereka membuat kajian. Parti mana yang mengggantung, merentang atau mengibar bendera paling banyak bukanlah parti yang paling berpengaruh atau kuat. Kalau di negara barat, taktik ini tak berapa ketara berbanding negara mundur. Mengapa ye?? Adakah kita akan memilih seorang pemimpin kerana banyak bendera partinya yang telah dinaikkan. Tepuk dada tanya fiqh siyasi.
budak-budak suka lah bendera-bendera ni....

Keterlibatan media massa di negara ini dalam pilihanraya memang tidak dapat disangkal. Malah ini merupakan entiti penting yang digunakan dalam pilihanraya terutama pihak yang berkuasa mempengaruhi mereka. Namum semenjak ledakan maklumat dari internet yang menjadi pengimbang sumber berita, paparan berita oleh media arus perdana perlu ditimbang dan diselidiki berkali-kali sebelum dipercayai. Ini menyebabkan ramai yang letih dan beralih kepada sumber dari internet. 

Janganlah ada di antara parti yang bertanding memandang rendah kemampuan pengundi untuk berfikir dengan bijak. Meskipun tak ramai dapat melihat bangkai yang ditutup rapat tapi bau busuk mesti ramai yang terhidu. Si penyimpan bangkai memanglah tak bau kebusukan bangkai kerana telah lali dengan kerja tersebut.
undi adalah amanah..apa nak takut

Sekian, ambil yang jernih, jernih yang keruh.

Comments

Popular Posts