Musim Ujian
Sekarang musin ujian di sekolah saya. Bagi pelajar tingkatan 1dan 2 ujian yang dijalani hanya membabitkan subjek dinniyah seperti Fiqh, Sirah, Aqidah, Tafsir,Hadith, Al Quran , Hafazan dan Tajwid. Biasanya tempoh masa sesuatu subjek bagi ujian ialah satu jam hingga satu jam setengah. Melalui pemerhatian saya selaku guru yang mengawas ujian, dengan adanya ujian,dapat menguji dan melatih para pelajar supaya duduk menekun dan fokus menjawab soalan. Pelajar juga berusaha menjaga pandangan mata dari melihat kertas jawapan kawan kerana kedudukan meja yang tidak mengikut piawai. Saya juga dapat memerhatikan tingkan laku pelajar yang tidak dapat mengawal tangan bermain-main pen atau pensil sehingga menimbulkan bunyi-bunyian.
Setiap dari kita pernah menduduki ujian atau peperiksaan di sekolah atau IPT. Sewaktu melalui proses ini berbagai-bagai perasaan yang kita alami. Kita takut, khuatir, berdebar dan bersemangat. Segala perasaan yang serba percampur baur itu diakhiri dengan perasaan lega atau istilah lainnya sebagai merdeka. Setelah selesai menduduki ujian kita pasrah dan redha dengan segala kemungkinan.
Ujian juga dapat mentarbiyyah dan memberikan kita pengajaran yang paling berharga. Sekiranya kita bersedia dengan meningkatkan usaha dan amalan kita akan mampu melalui ujian tersebut dengan mudah. Begitulah sebaliknya. Kita selalu bertekad memperbaiki diri dan usaha untuk melalui ujian seterusnya.
Sebagai guru yang selalu menyediakan soalan ujian atau peperiksaan, tidak pernah terlintas di hati saya untuk menyediakan soalan ujian supaya pelajar saya gagal. saya akan melaksanakan sebaik-baiknya supaya setiap dari pelajar saya akan berjaya dengan cemerlang. Begitulah juga Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang sentiasa menyayangi hambaNya yang diuji.............
Setiap dari kita pernah menduduki ujian atau peperiksaan di sekolah atau IPT. Sewaktu melalui proses ini berbagai-bagai perasaan yang kita alami. Kita takut, khuatir, berdebar dan bersemangat. Segala perasaan yang serba percampur baur itu diakhiri dengan perasaan lega atau istilah lainnya sebagai merdeka. Setelah selesai menduduki ujian kita pasrah dan redha dengan segala kemungkinan.
Ujian juga dapat mentarbiyyah dan memberikan kita pengajaran yang paling berharga. Sekiranya kita bersedia dengan meningkatkan usaha dan amalan kita akan mampu melalui ujian tersebut dengan mudah. Begitulah sebaliknya. Kita selalu bertekad memperbaiki diri dan usaha untuk melalui ujian seterusnya.
Letih sangat ke menjawab.............. |
Comments
Post a Comment