Asteroid dan meteor


Asteroid ialah objek kecil dalam sistem suria yang mengelilingi matahari yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada planet. Oleh sebab itu, asteroid tergolong dalam kumpulan planet kecil (minor planet) atau dikenali sebagai planetoid.

Asteroid dipercayai merupakan lebihan cakera proto planet yang tidak membentuk planet ketika pembentukan sistem suria dahulu. Sesetengah asteroid mempunyai bulan.
Kebanyakan asteroid berada di gelang asteroid dalam orbit bujur antara marikh dan musytari.
Definisi sebenar asteroid masih dalam perbincangan. Istilah planet minor tidak membawa cadangan mengenai komposisi objek atau kedudukan umumnya dalam sistem suria. Sesetengah berpendapat tidak semua planet minor boleh digelar asteroid.
Salah satu cara untuk mengelaskannya ialah melalui saiz objek. Pada masa ini, asteroid didefinisikan sebagai objek yang mempunyai saiz melebihi 50m diameter yang membezakan mereka dengan meteoroid yang selalunya bersaiz lebih kecil.
Perbezaan ini dibuat kerana saiz besar asteroid membolehkannya selamat melalui atmosfera Bumi dan menghentam Bumi. Meteoroid pula selalunya berkecai di atmosfera Bumi.
Kesimpulannya, asteroid ialah objek berbatu (bukan ais) yang bersaiz lebih besar daripada meteoroid, tetapi kecil daripada planet.

(sumber:wikipedia)

Baru-baru ini berita mengenai Asteroid 2012 DA14 seringkali mengisi ruang berita dunia. Apakah asteroid DA14? 

Berikut ini adalah mengenai asteroid tersebut yangdiambil dari portal Pendidikan Sains Angkasa.(astronomi.angkasa.gov.my)

Asteroid 2012 DA14 adalah objek kecil dekat-Bumi – dengan diameter kira-kira 45 meter. Pada 15 Februari  2013, asteroid ini akan melalui dekat dengan planet kita pada satu jarak yang luar biasa dekat, tetapi laluan asteroid itu difahamkan tidak akan mendatangkan peluang yang boleh menyebabkan perlanggaran dengan Bumi.Asteroid 2012 DA14 akan berada paling dekat dengan Bumi pada 15 Februari 2013 pada jam 19:24 UTC (3:24 pagi 16 Februari 2013 Waktu Malaysia). Masa ini mungkin boleh berubah antara  satu atau dua minit kerana asteroid dijejak berdasarkan pendekatannya dan ramalan-ramalan yang telah dilakukan. Pada kedudukan terdekat, asteroid itu akan berada di atas sebelah Timur Lautan Hindi, di luar Sumatera - anggaran latitud: -6 darjah Selatan dan Longitud: 97.5 darjah Timur. 2012 DA14 istimewa kerana pendekatan asteroid 2012 DA14 adalah pendekatan terdekat yang pernah diramalkan dengan Bumi untuk objek besar ini.
 Asteroid 2012 DA14 akan berada di dalam sistem Bumi / Bulan selama kira-kira 33 jam. Orbitnya akan membawanya ke dalam sistem Bumi / Bulan pada 15 Februari pada jam 03:00 UTC. Asteroid itu akan keluar dari sistem Bumi / Bulan pada 16 Februari pada jam lebih kurang 12:00 UTC.


Comments

Popular Posts