Cekodok cicah Asam Pedas vs BRIM
Cekodok cicah Asam Pedas vs BRIM
Petang dah berbaki serdak..baru kami sampai ke rumah. Biasalah sejak dua menjak ni...hampir lewat petang baru sampai ke rumah.Kalau minggu lepas saya sibuk kerana minggu akhir sukan tahunan sekolah saya, minggu ni anak-anak di sekolah rendah pula sibuk dengan persiapan akhir sukan tahunan sekolah. Kereta belum lagi di parkir tapi dah ada yang buka mulut....."Ummi lapar lah..". Ya..Ummi faham..ummi lagi lapar tau. Itu ayat biasa yang akan keluar dari mulut saya.
Letak je beg galas ..saya terus melangkah ke dapur. Idea untuk memasak mesti keluar seiring dengan derasnya kaki saya melangkah.
Malam tadi alhamdulillah saya dapat hadir ke program katibah. Dapat rezeki ilmu dapat juga bawa balik asam pedas lebihan buka puasa. So petang itu kami pun makanlah cekodok bodoh cicah asam pedas. Memang laju anak-anak tu menghabiskan hidangan special petang tu.
Apa pulak kaitan cekodok cicah asam pedas dengan BRIM. Bagi yang tak tahu BRIM ni dah jadi macam zikir penduduk di jajahan ini. Bukan sekadar cakap cana sini tapi bertebaran dalam mesej handphone dan papan iklan di tepian lebuh raya. BRIM ni adalah duit kilat yang diberikan oleh pihak pemerintah kepada semua golongan sebelum Pilihanraya Umum ke 13. Banyak ratus juta(ribu juta barangkali) telah dilungsurkan dalam beberapa peringkat. Sebagai contoh..pada November 2012 saya telah menerima RM400 (RM100 per anak yang bersekolah) dan baru baru ini iaitu Februari 2013 saya menerima lagi RM400 melalui skim yang sama.
Ok balik kepada cerita cekodok. Saya tahu anak lapar dan saya perlu beri anak-anak makan. Saya boleh beli makanan mewah di luar seperti goreng pisang bijan, keropok lekor atau paling tak singgah di drive tru KFC. Anak dapat makan dan saya senang. Namun sebagai seorang ibu merangkap penasihat kewangan tindakan serba mudah saya itu akan menjerumuskan saya dan suami tercinta kepada masalah kewangan. Kekerapan makan di luar bukan sahaja mengoyakkan poket tapi juga ada perkara lain yang perlu difikirkan. Adakah hygenic, bersih dan suci? Malahan selalu membeli makanan di luar boleh mengakibatkan anak-anak mendapat didikan yang kurang wajar dalam mengurus kewangan.
Sebagai rakyat yang cintakan negara saya cuma berharap dapat mempunyai pemimpin yang dapat mengurus kewangan negara dengan bijak. Saya juga berharap bahawa anak-anak saya menganggap saya ibu yang osem walaupun saya hanya mampu menghidangkan cekodok yang dicicah dengan asam pedas. Osemnya pemimpin bukan kerana dia dapat menaburkan wang Perbendaharaan Negara tetapi menanam wang itu menjadi pohon yang rimbun buat naungan rakyatnya.
Malam ni saya akan bertolak ke Kuala Lumpur menaiki bas bersama rakan-rakan seperjuangan untuk menghadiri NADWAN PENDIDIK IKRAM MUSLEH...so anak-anak... malam ni Ummi tak masak..kita makan kat luar(sesekali boleh le..)

Gambar sebenar...peace |

(kredit) |
Malam ni saya akan bertolak ke Kuala Lumpur menaiki bas bersama rakan-rakan seperjuangan untuk menghadiri NADWAN PENDIDIK IKRAM MUSLEH...so anak-anak... malam ni Ummi tak masak..kita makan kat luar(sesekali boleh le..)
Comments
Post a Comment