Modal Berniaga

Modal Berniaga yang paling penting


Semalam saya mengajar bab Klasifikasi Akaun iaitu Aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan  belanja di tingkatan 4 Abqari.Opps..saya bukan nak menulis laporan pengajaran atau remarks atau apa2.

Saya cuma nak cerita tentang kepentingan good deeds, manners dan air liur. Kenapa???

Saya ceritakan kepada kelas tentang kisah seorang businessman yang berjaya. Dengan modal(ekuiti pemilik) sebanyak RM200 yang dipinjam dari rakannya beliau berjaya mengembangkan perniagaan.  Meskipun sang peniaga itu tidak mempunyai wang modal beribu-ribu ringgit tapi beliau boleh mengumpulkan barang niaga setara dengan nilai ribu2 ringgit. Belum dinilai premis niaga yang sepatutnya disewa RM500 sebulan..tapi boleh untuk mendapat tangguhan bayaran.

Ini kerana sang peniaga ni memang dikenali di kalangan masyarakat setempat seorang yang ringan tulang, baik hati, amanah, jujur dan PERAMAH. Oleh itu sang peniaga boleh je mendapatkan barang niaga melalui pembekal melalui hutang (pembekal=pemiutang). Dia juga tak perlu menggantung kain rentang atau mengedar flyers (Iklan) sebaliknya rakan taulan yang menjadi sales promoter.

So..janganlah risau atau bimbang kalau kita tak punya wang berjuta2 atau beribu2 untuk set up business. Kalau anda berumur 16 tahun sekarang dan ingin menjadi peniaga yang berjaya (Perniagaan yang berjaya=keperluan= fardhu kifayah) mulailah dengan mengumpul modal ringan tulang dan pemurah air liur. All is start with good deeds...ending will be good result.

kredit

Comments

Popular Posts