Nasi Minyak Tarbiyyah
Nasi Minyak Tarbiyyah
Boleh dikatakan setiap hujung minggu kami sekeluarga akan keluar untuk memenuhi undangan perkahwian. Makan nasi minyak. Tapi kena tengok juga samada undangan sekeluarga atau tidak. Alhamdulillah juga kami diundaang ke majlis perkahwinan itu sekeluarga. Minggu sebelum ini 3 majlis dan sama juga yang berlaku pada minggu ini. memang purata undangan makan nasik minyak ini dua atau tiga tempa seminggu. Bagi pihak saya undangan bekas anak murid , rakan sekerja, saudara mara dan sahabat handai. Sebelah suami pun tak kurang undangan.
Tidak dapat dinafikan masa di hujung minggu bagi kami sekeluarga amat berharga. Maklumlah hari-hari yang lain diulit kesibukan di tempat kerja dan di sekolah. Namun undangan untuk makan nasi minyak ini cuba kami penuhi sebaiknya. Antara cabaran untuk memenuhi undangan ialah anak-anak yang telah meningkat remaja. Bila diajak untuk pergi..mulalah tarik muka. Pujuk dan rundingan perlu dilakukan. Selalunya berjaya tapi sesekali tak makan pujuk. Alasan mereka ada kerja sekolah atau pun nak main bola....paling biasa MALAS!!
Tapi seboleh mungkin kami akan bawa anak-anak kerana di sana ada nilai Tarbawi dalam memenuhi undangan perkahwinan. Banyak didikan di luar bilik darjah yang boleh dipraktikkan. Selain memenuhi tuntutan Nabi saw yang memberatkan memenuhi undangan...majlis seumpama ini merupakan wahana tarbiyyah komunikasi dan dakwah yang sangat berkesan. Ia juga boleh menjadi kaedah penerapan patuh syariah atau tidak.
Apabila mengambil makanan saya selalu berpesan kepada anak-anak supaya mengambil dalam kuantiti yang berpada dan mesti dihabiskan. Makan dengan tertib dan mithali(jadi contoh kepada adik-adik). Banyak juga gejala pembaziran di pinggan-pinggan yang dapat kami perhtikan. Memang menyedihkan. Di meja makan itu saya meminta pendapat mereka terhadap gejala pembaziran yang berlaku. Memang mudah untuk dapatkan respon mereka.
Biasanya saya atau suami akan bergilir melayan anak yang kecil. Sambil makan saya akan menyuap anak yang kecil. Anak-anak yang agak besar kini sudah dapat membantu antaranya mengambilkan air atau pencuci mulut. Sekarang mereka boleh melakukannya tanpa perlu disuruh. mereka macam tahu apabila ummi atau abi perlukan air minum..
Majlis perkahwinan yang kami hadiri ada pelbagai ragam. Kebiasaan sahabat handai kami mengamalkan majlis patuh syariat yang tidak ada persandingan atau pancaragam( ada lagi ke??). Mempelai akan berpakaian cantik yang terkawal(ye ke??). Mereka akan bersama-sama menyambut tetamu. Sesi mendoakan dan mengucapkan tahniah. Kegembiraan pasangan pengantin dikongsi bersama. Tapi ada juga majlis yang mengadakan persandingan dan disulami lagu-lagu kahwin yang berat dan kuat. Ini semua boleh dijadikan eleman pengajaran Feqah sekolah rendah bab aurat. Anak sekecil 6 tahun pun boleh memberi respon.Sekalung penghargaan buat guru-guru di tadika dan sekolah. Guru di sekolah mengajar teori maka kita ibubapa perlu melihat kepada aspek praktikal.
Majlis perkahwinan yang dihadiri merupakan satu ruang untuk berukhwah atau bersilaturrahim. Kami cuba mengajar anak-anak bagaimana untuk beradab dengan saudara mara dan sahabat handai selain orang yang lebih tua. Malahan boleh juga diperingatkan untuk mengucapkan terima kasih kepada para kendarat atau penanggar.
Doorgift atau cenderamata memang perkara wajib dalam sesuatu majlis. Tapi biasanya hanya ibubapa yang akan mendapat pemberian setulus hati itu. Makanya di sini kenalah pulak melatih pembahagian yang adil atau bertolak ansur. Semasa anak-anak semua masih kecil..letih jugalah bab-bab ni.Tapi bila dah beransur dewasa kadangkala makanan doorgift tu jadi santapan ibubapa sahaja. Kadangkala ada juga pemberian doorgift sampingan yang kurang bermanfaat. Mungkin seramik yang berupa cawan comel atau bekas telur. Pening juga bila nak jawab kegunaan barangan not too useful tersebut bila ditanya oleh si anak. Akhirnya mereka jadikan barangan tu sebagai main masak-masak mereka sahaja.
Bab terakhir yang selalu ditanya ialah kenapa ummi dan abi bagi duit??Ini part bila kami sediakan ampau untuk tuan rumah. Kami merasionalkan perkara tersebut dengan menyatakan ia cara untuk saling bantu membantu dan meringankan beban. Malahan dalam Islam digalakkan untuk saling memberi hadiah. Tuan rumah menghadiahkan kita makanan yang sedap makanya kita hadiah sedikit wang yang kita ada.
Begitulah warna warni hidup ... tahun ni in sha Allah saya akan menerima adik ipar lagi ( dah dua tahun berturut-turut). Hmm..... as Kak Long dan Abang Long.. kenalah siap-siap. Anak-anak dah start gembira walaupun majlis lagi 3 bulan. Memang seronok kan bab-bab majlis nasik minyak (sekarang ni nasi mandy, nasi beriani..macam-macam ada).
Perkahwinan: naik satu lagi marhalah tarbiyyah |

Majlis yg saya hadiri semalam.. Ini gambar YDP Ikram Johor bersama bekas anak murid saya( Huzaifah dan pasangan) kredit kpd Akh Ainullotfi atas fotonya. |
Apabila mengambil makanan saya selalu berpesan kepada anak-anak supaya mengambil dalam kuantiti yang berpada dan mesti dihabiskan. Makan dengan tertib dan mithali(jadi contoh kepada adik-adik). Banyak juga gejala pembaziran di pinggan-pinggan yang dapat kami perhtikan. Memang menyedihkan. Di meja makan itu saya meminta pendapat mereka terhadap gejala pembaziran yang berlaku. Memang mudah untuk dapatkan respon mereka.
Jemputlah makan |
Biasanya saya atau suami akan bergilir melayan anak yang kecil. Sambil makan saya akan menyuap anak yang kecil. Anak-anak yang agak besar kini sudah dapat membantu antaranya mengambilkan air atau pencuci mulut. Sekarang mereka boleh melakukannya tanpa perlu disuruh. mereka macam tahu apabila ummi atau abi perlukan air minum..
Majlis perkahwinan yang kami hadiri ada pelbagai ragam. Kebiasaan sahabat handai kami mengamalkan majlis patuh syariat yang tidak ada persandingan atau pancaragam( ada lagi ke??). Mempelai akan berpakaian cantik yang terkawal(ye ke??). Mereka akan bersama-sama menyambut tetamu. Sesi mendoakan dan mengucapkan tahniah. Kegembiraan pasangan pengantin dikongsi bersama. Tapi ada juga majlis yang mengadakan persandingan dan disulami lagu-lagu kahwin yang berat dan kuat. Ini semua boleh dijadikan eleman pengajaran Feqah sekolah rendah bab aurat. Anak sekecil 6 tahun pun boleh memberi respon.Sekalung penghargaan buat guru-guru di tadika dan sekolah. Guru di sekolah mengajar teori maka kita ibubapa perlu melihat kepada aspek praktikal.
Majlis perkahwinan yang dihadiri merupakan satu ruang untuk berukhwah atau bersilaturrahim. Kami cuba mengajar anak-anak bagaimana untuk beradab dengan saudara mara dan sahabat handai selain orang yang lebih tua. Malahan boleh juga diperingatkan untuk mengucapkan terima kasih kepada para kendarat atau penanggar.
Doorgift atau cenderamata memang perkara wajib dalam sesuatu majlis. Tapi biasanya hanya ibubapa yang akan mendapat pemberian setulus hati itu. Makanya di sini kenalah pulak melatih pembahagian yang adil atau bertolak ansur. Semasa anak-anak semua masih kecil..letih jugalah bab-bab ni.Tapi bila dah beransur dewasa kadangkala makanan doorgift tu jadi santapan ibubapa sahaja. Kadangkala ada juga pemberian doorgift sampingan yang kurang bermanfaat. Mungkin seramik yang berupa cawan comel atau bekas telur. Pening juga bila nak jawab kegunaan barangan not too useful tersebut bila ditanya oleh si anak. Akhirnya mereka jadikan barangan tu sebagai main masak-masak mereka sahaja.
Bab terakhir yang selalu ditanya ialah kenapa ummi dan abi bagi duit??Ini part bila kami sediakan ampau untuk tuan rumah. Kami merasionalkan perkara tersebut dengan menyatakan ia cara untuk saling bantu membantu dan meringankan beban. Malahan dalam Islam digalakkan untuk saling memberi hadiah. Tuan rumah menghadiahkan kita makanan yang sedap makanya kita hadiah sedikit wang yang kita ada.
Begitulah warna warni hidup ... tahun ni in sha Allah saya akan menerima adik ipar lagi ( dah dua tahun berturut-turut). Hmm..... as Kak Long dan Abang Long.. kenalah siap-siap. Anak-anak dah start gembira walaupun majlis lagi 3 bulan. Memang seronok kan bab-bab majlis nasik minyak (sekarang ni nasi mandy, nasi beriani..macam-macam ada).
2012: Adinda bongsu..majlis bertandang@kedah |
2011 : Majlis Adinda ke 5 saya |
Comments
Post a Comment