Dakwah Tanpa Suara

Dakwah paling mudah= dakwah tanpa suara
Dakwah paling singkat=dakwah tanpa suara
Dakwah paling berkesan= dakwah tanpa suara

Sebuah buku yang diletakkan di dalam perpustakaan boleh dibaca oleh seorang individu sahaja. Tetapi seorang muslim yang sejati adalah buku yang boleh dibaca oleh semua orang. Kemana sahaja dia berjalan maka dia sebenarnya adalah dakwah yang bergerak. Itulah pandangan yang dititipkan oleh Imam Hasan al Banna.

Buku  bergerak=pendakwah/muslim sejati

Firman Allah swt:
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. (al Ahzab:21)

Namun untuk seseorang menlaksanakan dakwah ini mereka perlulah menjadikan setiap sudut kehidupan mereka sebagai mekanisme dakwah. Cara makan, berjalan, bercakap, bekerja, marah, benci, takut, malu, sedih, tegas, berbelanja, berjimat, berhibur hinggalah tidur dan menggunakan bilik kecil(tandas). Penzahiran akhlak inilah yang sangat-sangat dituntut oleh  Rasulullah saw.

Paling suka tengok gambar ni kannnn.....


Saya pernah ke sana ke sini, berjumpa orang itu dan ini ,mendengar mereka berbicara tapi yang paling terkesan di hati saya ialah tingkahlaku dan adabnya. 

Dakwah Tanpa Suara yang dimaksudkan di sini ialah pergaulan di antara muslim(da'i) dan manusia (mad'u). Dakwah tanpa suara yang dimaksudkan bukan sekadar mengetuk-ngetuk papan kekunci komputer. Sebab ada orang telah  mengambil terjemahan yang sempit berkaitan dakwah tanpa suara. 

Sesiapa yang menggemari kaedah dakwah tanpa suara ini jangan pula meng'zip' mulut kerana di dalam al Quran dan Hadith banyak pula memperkatakan dakwah dengan menyampaikan. Antaranya hadith Nabi saw  yang terkenal  iaitu"sampaikanlah dariku walau satu ayat"
Kredit: Presstv

Juga Firman Allah swt:
An Nahl 125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Sekian...tazkirah untuk diri saya. Terima kasih

Comments

Popular Posts