Cendana apabila dibakar..2



 Saya pernah buat entri tentang cendana tapi tergantung..Masa tak memihak kepada saya. So ini kesempatan yang tak nak saya lepaskan. Saya akan sambung cerita  tentang cendana. Ada tak sesiapa di luar sana yang  di beri nama Cendana . Kalau ada ...osem tu. Tapi sebelum tu mari kita berkenalan sedikit dengan  Pokok Cendana. Memang lah macam suka sangat boring betul nak baca tapi sabar-sabarkan hati ye. Yuk baca lagi...
kredit: Gambar kayu cendana di India


Cendana dari keluarga Santalaceae (baca: santalake) yang kayunya berbau harum dan berwarna kuning. Pokok parasit malar hijau Santalum album ini berasal dari Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan Australasia. Kalau tak tahu kat mana region tersebut sila google atau tanya cikgu biology
Cendana (digelar juga cendana wangi) akan menghasilkan  kayu cendana dan minyak cendana. Ia adalah dari jenis kayu yang baik kerana berkemampuan  menyimpan aromanya selama berabad-abad.
Cendana adalah tumbuhan parasit pada awal kehidupannya. Parasit?? Ya..parasit..ingatkan pokok orkid je kan.Pada awal tumbesarannya ia memerlukan pokok  tumpang untuk memberi sokongan tumbesarannya. Awal tumbesaran sistem akarnya  sendiri tidak mampu berdikari. Cendana memerlukan pokok tumpangan untuk  penumbuhan yang baik bagi  cendana. Disebabkan itu ia sukar dikembangbiakkan.
Terdapat jenis Kayu cendana wangi ( Santalum album ) yang  sangat berkurangan dan harganya sangat mahal. Kayu yang berasal dari daerah Mysoram di India selatan biasanya dianggap yang paling bagus kualitinya. Di Indonesia, kayu cendana dari Timor juga sangat dihargai. Namum sebagai ganti kepada kayu cencana wangi pengeluar aromaterapi dan minyak wangi menggunakan kayu cendana jenggi (Santalum spicatum). Kedua jenis kayu ini berbeza kepekatan bahan kimia yang dikandungnya dan oleh kerana itu kadar harumnya pun berbeza.
Di Indonesia, perkataan “cendana” sering digunakan untuk menyebut sesuatu yang unggul biasanya berkaitan dengan pemerintah mereka seperti Presiden Soeharto. (Rujukan : wikipedia). Cendana ni biasa memangnya kat Indonesia.

Namun begitu pokok cendana ini hanya dapat tumbuh di kawasan beriklim monsum tropika iaitu yang mempunyai musim kering dan  musim hujan yang nyata. Tidak seperti Malaysia yang hujan dan panasnya sepanjang tahun.(Maksudnya: Hari ni hujan besok tak hujan.Petang ni hujan besok pun hujan..bulan ni 15 hari hujan bulan depan 9 hari jek). Okay..saya cikgu geografi ...

Kenapa uniknya cendana ini untuk saya angkat sebagai entry blog saya.


Kalau kita umpamakan cendana ini sebagai sebuah perkumpulan atau pertubuhan atau sekolah Detik awal penubuhan memerlukan kepada usaha yang tidak sedikit dan saat ini dinilai sukar dan getir. Pertubuhan yang baru ditubuhkan sangat bergantung kepada pendiri awal yang kuat dan mantap. Seumpama cendana yang memerlukan pohon tumpangan. Banyak keringat, masa, tenaga, wang ringgit dicurahkan untuk memastikan pertubuhan tersebut berdiri dengan tegap.




Minyak cendana yang wangi dan pelbagai guna ini bernilai. Ia dikatakan boleh menghilangkan stress dan memberi ketenangan. Begitu juga pertubuhan yang dibangun kerana bermatlamatkan mardhatillah. Hadirnya pertubuhan tersebut di persada negara untuk menebarkan kebaikan dan membenteras kejahatan. Pertubuhan yang jelas matlamat dan hala tujunya yang melalui jalan yang benar mengikut Al Quran dan As Sunnah pasti akan dibantu Allah.



sayang semua......










Apabila cendana dibakar keharumannya akan menebar. Begitulah juga bagi sesebuah pertubuhan  yang menghadapi  ujian, tribulasi dan ranjau semuanya adalah dari Allah untuk mematangkan dan menjadikan ia lebih mantap. Hikmah yang terselit disebalik ujian itu akan terserlah juga.


Kalaulah saudara-saudara saya di Indonesia dan Mesir dan lain-lainnya membaca entri ini semoga kalian teguh dan senyum...

alhamdulillah thumma alhamdulillah
semangat ...harumkan agama

data-data di atas saya ceduk2..kredit kpd pengkaji2

Comments

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts