Ini kalilah

Ramaikah kita??? Berapa banyak khalayak yang menyokong  kita?? Menyokong gagasan kita..

Jangan sesekali kita terpedaya dengan kuantiti. Sedikit tidak menggambarkan kelemahan dan banyak pula tidak mencerminkan kekuatan. 

Firman Allah swt dalam at Taubah:25
 Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi congkak karena banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai.

Dari ayat tersebut Allah SWT telah memberikan pelajaran berharga kepada kaum Muslimin agar membuang jauh-jauh sifat takabur, merasa diri lebih besar dari lawan yang dihadapinya.Peperangan itu bermula ketika Rasulullah saw dan para pengikutnya yang berjumlah kurang lebih 12 ribu orang prajurit, pada 6 Syawal 8 H berangkat dari Mekah menuju suatu tempat yang diberi nama Hunain.

Sejarah pernah menyaksikan bahawa sedikit telah mengalahkan yang banyak atas pertolongan Allah. Pertolongan Allah bersama ornag yang sabar dan beriman. Ini dapat dilihat menerusi Perang Badar (313 orang tentera Islam melawan 1000 orang tantera kafir), Uhud(1000 orang tentera Islam melawan 3000 tentera kafir) dan Khandak(3000 orang tentera Islam melawan 10000 tentera kafir). Dalam ketiga-tiga peperangan tersebut tentera Islam yang sedikit melawan tentera kafir yang ramai. namun peperangan memihak kepada tentera Islam.
(Kredit)
Kini telah tiba lagi pertarungan untuk merebut tampuk kepimpinan negara. Mereka yang akan menggalas beban mentadbir negara ini dipilih menerusi undian. Pihak yang banyak menerima undian akan menang dan akan mentadbir negara mengikut kaedah dan cara yang mereka yakini. Para pengundi akan ditabur pelbagai janji dan dirayu supaya memilih. Terdapat pelbagai jenis pengundi antaranya:

1. pengundi malas 2. pengundi rajin 3. Pengundi takut 4. Pengundi berani
5. Pengundi bodoh 6. Pengundi bijak 7. Pengundi gila 8. Pengundi waras

Para pengundi harus rajin, berani,  bijak dan waras. Ini kerana memilih pemimpin merupakan tugas yang amat besar dan serius. Negara ini perlu nakhoda yang dapat mengemudi bahtera dengan sebaik mungkin.

Senario politik sekarang menunjukkan ramai pengundi telah semakin matang dan bijak. Gula-gula yang ditabur tidak mencairkan kewarasan mereka. Penganalisa politik telah membentangkan dapatan yang menakutkan parti tertentu (boleh teka).

Usaha  bersifat fizikal dipacu dengan berlipat kali ganda . Janganlah pula bersikap takabur atau bongkak melihat ramai yang  memihak kepada kita. Takutnya jadi seperti Perang Hunain pula. Bagi yang berhempas pulas siang dan malam yakinlah bahawa usaha anda akan diganjari  Allah . Anda juga harus menjaga akhlak supaya tidak mencela, mengkeji individu atau menabur prasangka kerana ia menyalahi akhlak Islam. Pertarungan ini adalah satu usaha bertanggungjawab ke arah  memerangi kebathilan.

Ini kalilah!!!
Kali ke 3 untuk saya mengundi .










Comments

Popular Posts