Monday, December 2, 2013

Video Bdak Baru Pandai Naik Basikal

        Zubayr mula belajar naik basikal tanpa tayar sokongan pada 25 November 2013. Pada umurnya 4 tahun lebih ..seperti juga abang-abang dan kakak-kakaknya. Latihan menunggang basikal ini saya lakukan pada waktu cuti sekolah yang agak panjang. Selalunya saya memperuntukkan waktu selama seminggu. Pra latihan bermula dengan menunjukkan rakan-rakan lain yang seusia pun boleh berbasikal. Ini penting supaya dia mempunyai keyakinan yang jitu terhadap dirinya sendiri. Setelah dia yakin barulah saya menanamkan keyakinan bahawa saya sebagai jurulatihnya boleh membimbingnya sehingga berjaya. Dia mesti percaya pada dirinya dan pada jurulatihnya. Misi latihan akan jadi sangat mudah.
 Saya mulakan dengan membuang tayar sokongan sebelah kanan. Ia berlangsung selama dua hari. Sesi latihan ini untuk mengimbang badan. Sesi ini memerlukan kesabaran kerana anak berasa takut. Ketika ini kita perlu sentiasa memberikan semangat dan banyak membantunya supaya dia tidak jatuh. Penat jugalah berlari sambil berusaha mengampu bandannya supaya sentiasa imbang. Lama kelamaan dia akan dapat mengimbang dengan mudah tanpa tayar sokongan sebelah kanan.

 Setelah dapat melihat perkembangan yang meyakinkan. Kemudian saya  telah berbincang dengannya samada dia  bersedia untuk membuang kedua-dua tayar sokongan.Saya berusaha meyakinkan bahawa dia boleh mempercayai saya dengan membuang kedua-dua tayar sokongan.  Setelah latihan yang agak konsisten tiga hari selepas itu sudah boleh dilepaskan.

Untuk setiap kali mulakan kayuhan saya memintanya membaca Basmallah dan mengucapkan Alhamdulillah.
video

Alhamdulillah inilah hasilnya.

Saturday, August 17, 2013

Dunia Jambatan Akirat vs Dunia Benteng Akhirat

Dunia Jambatan Akhirat vs Dunia Benteng Akhirat

Kita tidak pernah mungkin akan hidup lama. Tidak mungkin. Dunia yang kita pijak di atasnya hari ini mungkin akan ditinggalkan..dan kita mendiami perut bumi...lalu kita dipijak-pijak.

Hari ini kita menongkat langit..mendongak dan memandang ke atas dengan cita-cita yang tinggi melangit. Mungkin besok kita wajah kita menyembam bumi dan mencium hanyirnya tanah.

Dunia ini bukan milik kita bahkan bukan milik mana-mana makhluk. Dunia ini fatamorgana yang menipu mereka yang dungu. Meski si dungu sedar yang amat bahawa genangan air yang terlihat hanyalah fatamorgana tapi itulah yang dikejar dan diburu.Siapakah si dungu. Kitalah!!!

Kita tidak pernah selesai mengurusi dunia sehari-hari dan setiap saat. Manakala bila melakukan urusan akhirat sangat berkira. Dunia yang kita uruskan di"make up" sebagai urusan akhirat ... dunia jambatan akhirat. Tapi akhirnya yang terjadi dunia benteng akhirat.

Kita tidak mungkin sedar sehingga saatnya kita meninggalkan dunia ini. Ditinggalkan dunia ini untuk ke negeri akhirat yang abadi.

Yang menulis ini. Ya Allah ku mohon padaMu..ampuni dan rahmati aku.

Saturday, April 6, 2013

to my little girls

My cute little girl ..Asma'
My cute little girl..Syifa

Life is fleeting, years rush past.... and little girls grow up so fast! Let me take time out to be glad that mine's still here with me. And though I'm busy through the day, let me take time out to play... Let me take time out to smile, to linger with her for a while... To invite her under the table for tea and dress up silly as can be. Let me take time out to sing and dance and skip and twirl and swing... To splash in puddles when it rains and make her fancy daisy chains. Let me take time out to hear about the things that she holds dear. Let me tuck her in at night, hear her prayers, turn off the light. And for one more moment let me pray and thank God that we shared this day!

(credit)tq for those wrote this beutiful poem

Thursday, April 4, 2013

Ini kalilah..dari pakcik apek

Hari tu saya terserempak dengan pakcik apek..
marah betul dia...
bila ditanya...
Ini semua rasuah...rasuah

Pakcik apek  meluat sungguh dengan rasuah
Dia gigih berusaha
membanting tulang dari subuh ke senja
bila dia nak buat projek sikit
dia kena hulur duit bawah meja
bila projek  nak dibesarkan
dia kena belanja orang besar makan-makan
bila projek nak dikembangkan
dia kena bank-in duit dalam akaun somebody
dengan muka manis tapi hati yang sangat meluat
dia pun ikut arahan orang besar

Ini kali mereka main rasuah juga
ini kali mereka mahu beli undi
ini kali macam-macam mereka bagi
Pakcik apek macam nak termuntah
mereka orang besar tapi hati kecik
mereka hati kecik nafsu besar
mereka nak jadi orang besar sampai kiamat

Pakcik apek geleng kepala
pakcik apek beristighfar
pakcik apek tadah tangan
moga Allah selamatkan negara ini
dari manusia yang tak nampak jalan lurus
jalan yang diredhaiNya
pakcik apek dah insaf
lain kali dia tak nak bagi rasuah
Ini kali dia mahu UBAH



Saturday, March 30, 2013

PRU.. membuka busuknya bangkai??

Semakin dekat menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13, maka semakin galak aktiviti memancing undi dan simpati. Ada yang dah tak main pancing-pancing tapi mereka menggunakan kaedah bom ikan. Kaedah ini memang akan meraih banyak tangkapan tapi kesannya pada jangka panjang menggusarkan. Bila si penangkap ikan menjadi rakus dan tamak maka jalan paling singkat ialah dengan menggunakan bom ikan. Bila bom ini digunakan maka akan musnahlah waris-waris ikan. Dalam isu pilihanraya, bagi pendapat saya menfitnah lawan merupakan teknik menggunakan bom ikan. Walhal semua tahu bahawa bahan yang direka itu merupakan fitnah, fitnah dan fitnah.

Kaedah berkempen ini ada baiknya kerana pengundi mendapat maklumat baru atau maklumat dikemaskini. Apabila mendengar penerangan dan hujahan si pemidato, khalayak yang bijak akan membuat kajian dan penelitian. Meskipun tidak dapat dinafikan masih ada orang yang percaya bulat-bulat tanpa usul periksa tapi masyarakat bijak dan berfikir sudah mula dominan. (ini melalui pengalaman seharian). 

Ada juga pengundi luar bandar yang berstatus warga emas yang lebih selesa menjaga sejarah. Meski mereka tahu bahawa sejarah yang terlakar sudah tidak cantik dan kemas. Mereka ini mengharapkan kanvas baru tanpa mengubah lakaran asal. Ini bukan sesuatu yang mudah.Untuk berubah kanvas perlu baru dan bersih. 

Taktik menggunakan bendera untuk meraih undi bukan lagi taktik yang bijak. Di zaman yang serba moden ini  masyarakat telah dapat berfikir dengan rasional, meneliti dengan kritis dan membuat keputusan bukan berdasarkan pandang dengar tetapi mereka membuat kajian. Parti mana yang mengggantung, merentang atau mengibar bendera paling banyak bukanlah parti yang paling berpengaruh atau kuat. Kalau di negara barat, taktik ini tak berapa ketara berbanding negara mundur. Mengapa ye?? Adakah kita akan memilih seorang pemimpin kerana banyak bendera partinya yang telah dinaikkan. Tepuk dada tanya fiqh siyasi.
budak-budak suka lah bendera-bendera ni....

Keterlibatan media massa di negara ini dalam pilihanraya memang tidak dapat disangkal. Malah ini merupakan entiti penting yang digunakan dalam pilihanraya terutama pihak yang berkuasa mempengaruhi mereka. Namum semenjak ledakan maklumat dari internet yang menjadi pengimbang sumber berita, paparan berita oleh media arus perdana perlu ditimbang dan diselidiki berkali-kali sebelum dipercayai. Ini menyebabkan ramai yang letih dan beralih kepada sumber dari internet. 

Janganlah ada di antara parti yang bertanding memandang rendah kemampuan pengundi untuk berfikir dengan bijak. Meskipun tak ramai dapat melihat bangkai yang ditutup rapat tapi bau busuk mesti ramai yang terhidu. Si penyimpan bangkai memanglah tak bau kebusukan bangkai kerana telah lali dengan kerja tersebut.
undi adalah amanah..apa nak takut

Sekian, ambil yang jernih, jernih yang keruh.

Friday, March 29, 2013

Cuti yang Tak kesampaian

Andainya...

Dah lama saya dan suami merancang untuk bercuti. Tapi rancangan kami memang banyak halangan..Halangan paling besar ialah ketidak pastian tarikh PRU13. Disebabkan itu kami takut untuk membuat tempahan awal. Dulu masa anak-anak masih sangat kecik dan ada baby...memang saya tak berapa suka nak bercuti ke tempat yang jauh. Kalau pergi pun bersama adik-beradik sebagai pembantu. Bukannya apa..kesian tengok baby dan anak yang tak tahu apa-apa. Masa mereka toddler..pergi taman permainan atau swimming  pun dah bercuti lah sangaaat.

Cuti sekolah ni..saya mengidam sangat nak pergi berjalan-jalan ke Negeri Serambi Mekah Malaysia iaitu Kelantan. Bertuah betul orang  Kelantan negeri mereka dapat gelaran ini. Rancangan kami..kami akan naik Air Asia atau Fire Fly..sebab rasa macam tak larat nak drive sejauh itu (Johor Bahru to Kota Bahru). TAPI seperti yang saya katakan...tak boleh nak tempah tiket flight sebab PRU13. Kami ni pengundi bijak dan berwibawa. Dua undi sangat bermakna sekarang ni. Apatah lagi 1 UNDI.Saya dan suami ni memang orang pantai barat yang tulen. Hometown kami Muar dan Sungai Buloh. Jadi nak jalan-jalan ke pantai Timur especially Kelantan ni paling mencabar travel all the way no hiway.

Jadi angan-angan dan rancangan saya untuk berjalan-jalan ke Kelantan pun tak tercapai. Saya teringin sangat nak ke sana sebab saya nak tunjukkan pada anak-anak akan  negeri yang mempunyai Sultan  yang baik dan pemimpin yang baik. Saya nak beritahu anak-anak bahawa tidak mustahil ada pemimpin soleh seperti di Kelantan. Kami juga bercita-cita agar anak-anak dapat berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kalau tak jumpa orangnya dapat tengok rumahnya pun dah ok sangat. Biarlah mereka melihat sendiri kehidupan pemimpin yang tidak mengejar kemewahan. Selama ini hanya menatap gambar sahaja. Kalau dapat tengok betul-betul lagi terkesan.

Bujet kami pun pasti tak berapa banyak sebab bila survey negeri ni mempunyai cost of living yang rendah. Diharapkan rancangan saya ini akan berjaya di cuti yang akan datang. Masa tu mungkin PRU13 dah berlalu dan pemimpin negara  yang dipilih oleh rakyat adalah mereka yang tidak mengejar kemewahan, pemimpin yang bijak dan jujur. Ameen ya Allah rabbal alamin.

Tapi kami ke pantai Timur jugak iaitu ke Mersing. Sampai di Mersing kami pun macam pelik jugak sebab bendera hijau putih memang gah betul kat sana. Apakah Kali ini?????


Nak pergi kat sini....

Orang biasa yang berjasa

Seorang Tok Guru....

Nasik dagang tu memang  favourite...

Anakku..jadilah orang yang takutkan Allah seperti  beliau ini





Tuesday, March 26, 2013

Oh datuk moyang...


Jangan jaga tepi kain

Datuk moyang..kenapa dahulu kau cipta pepatah ini?
Jangan jaga tepi kain orang
datuk moyang ... salahkah jaga tepi kain orang
bukankah kebaikan lebih terserlah jika menjaga tepi kain orang???

Kini..ramai yang marah kalau ditegur
jangan jaga tepi kain I..
you jaga hal sendiri
kubur masing-msasing...

Datuk moyang..kaya raya
kaya budi kaya bahasa
datuk moyang  kaya pepatah kata
tapi  ranap bangsa ini  kerana pepatah hina itu
jangan jaga tepi kain orang


Datuk moyang...pepatah ini untuk apa??
Untuk memadam rasa prihatin dan tanggungjawab bersama?
setiap orang... aku, aku..kau,kau
jangan jaga tepi kain orang
jangan peduli apa I nak buat

Yang salah takut nak dibetulkan
yang betul segan untuk diraikan
nanti dikatakan jaga tepi kain orang

Datuk moyang... itu budaya apa??
bukankah adat kita teguhkan pasak kuatkan sendi
sesama jiran bagai saudara sedarah
sesama rakan umpama isi dan kuku
bila ke bendang, anak ditinggal senang
bila ke huma, harta ditinggal terjaga

Datuk moyang...
budi bahasa itu kuasa
tutur kata itu berharga
memberi merasa itu biasa
budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan
yang bersalah takut dan gugup
bukan  mendabik.....hak aku, apa kau sibuk.


Eh cik Minah..apa hak-hak?

Apa sibuk-sibuk?
gigi nan sebatang pun kau tak boleh tumbuhkan.. kalau bukan keranaNya
salah yang kau lakukan ..berdosa kalau tak ditegurkan.
besok dikubur aku juga dipersoalkan
seksi.....seksa.....

Jangan jaga tepi kain???????