Posts

Showing posts from December, 2008

Kenapa tak cuti ???

Image
25 Disember 2008. ..Hari ni tak cuti? Eh kenapa pulak tak cuti. Takut...nak cuti.Kenapa?? Takut..Takut sangat. Langit dan bumi sedang marah.Takkan kita sebagai manusia yang diberi akal tak marah. Kenapa??

Surah Maryam ayat 88 -91." Dan mereka berkata: "Tuhan yang Maha Pemurah mengambil(mempunyai) anak". Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar. Hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh. kerana mereka mendakwa Allah yang Pemurah mempunyai anak.



Masih ingat lagi kisah Tsunami yang melanda negara kita dan beberapa negara lain seperti Indonesia dan Sri Lanka. Korban terbanyak ialah di Acheh. Peristiwa itu wajar kita jadikan iktibar.



Apabila manusia memalsukan ajaran para nabi dan mengatakan sesuatu yang mungkar kita tidak boleh duduk berdiam diri. Sewajarnya kita bersuara menegakkan kebenaran...kepada siapa?? Paling hampir ialah anak-anak kita. kalau kita lihat di pusat membeli belah dan di kaca-kac…

Jejak Rasul

Image
Sepanjang cuti sekolah ini saya dan anak-anak berpeluang menonton VCD Jejak Rasul : Muhammad - The Last Messenger(Musim ke 12). Sepanjang ingatan saya..amat sukar untuk menonton dokumentari ini yang disiarkan secara bersiri sepanjang bulan Ramadhan. Siri ini menggali sirah Nabi Muhammad saw yang penuh cabaran, seksaan, pengorbanan dan semangat persaudaraan dalam usaha menyebarkan kebenaran dan keagungan Islam. Saya dan anak-anak berpeluang melihat kesan peninggalan dan tempat-tempat bersejarah seperti medan Badar, Bukit Uhud, Gua Hira' dan banyak lagi. Walaupun hanya menonton visual tetapi sudah cukup memberi kesan mendalam. Belum lagi pergi sendiri ke tempat-tempat tersebut. Landskap Makkah ,Madinah dan Masjid Aqsa, Jordan dan sebagainya yang dipaparkan memberi gambaran jelas kepada kami. Anak-anak saya yang berusia 8 dan 7 tahun yang dapat merasakan kesukaran Rasulullah dan sahabat dalam memperjuangkan Islam. Sirah Nabawiyah sangat penting dalam pendidikan awal anak-anak. Sangat…

RAHSIA BUAH ZAITUN

Image
Buah zaitun terakam di dlm al Quran surah An Nur ayat 35 : Allah(pemberi) cahaya (kpd) langit dan bumi. perumpamaan cahayaNya spt sebuah lubang yg tidak tembus yg di dlmnya ada pelita bsr. pelita itu di dlm tabung kaca, (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yg berkilauan, yg dinyalakan dgn minyak dr pohon yg diberkahi,(yaitu) pohon zaitu yg tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yg minyaknya (saja) hampir2 menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya(berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kpd cahayaNya bg org yg Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan2 bg manusia. Dan Allah Maha mengetahu segala sesuatu.

Buah zaitun tumbuh di kawasan Mediterranean selain di Peranchis dan Sepanyol. Ia biasanya tumbuh di kaasan perbukitan yang membolehkan ia mendapat sinaran matahari yg baik pd waktu matahari terbit mahupun terbenam.

Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW sebagaimana yg disabdakan oleh Rasulullah yg berbunyi:"sebaik-baik k…

AHLAN WA SAHLAN

Image
kENAPA tINTA hIJAU PUTIH??? Warna yang amat diminati...hijau dan putih. selain itu saya merasakan hijau amat berkait rapat dengan alam semulajadi. sementelahan saya mengajar subjek Geografi di sekolah. saya mengharapkan menerusi blog ini saya dapat merakamkan artikel berkaitan alam semulajadi yang dapat dimanfaatkan oleh pelajar dan sesiapa jua.