Posts

Showing posts from June, 2011
Image
Hari itu hari Jumaat. Hari akhir semester pertama. Selepas itu pelajar-pelajar di hadapanku akan mengecap 2 minggu cuti persekolahan. Tampak jelas keceriaan dan semangat 'cuti sekolah' pada wajah mereka. Jam menunjukkan 12.15 tengahari. Tinggal beberapa minit lagi sebelum gema 'horeyyy' akan memecah keheningan kelas. Hening...yelah.... kerana itu syarat yang aku minta mereka patuhi sekiranya mereka mahu dilepaskan 'on-time'...walaupun suasana hening berjaya ku bina....tapi tidak terhadap pandangan mata mereka...meliar ....melihat rakan-rakan yang lain mulai menuruni tangga sambil melemparkan senyuman sinis. Ahhh..anak-anakku...usia 14 tahun yang kalian sandang itu meluahkan seribu keletah..yang mewarna pelbagai emosiku.



Tinggal beberapa minit lagi...dan aku perlu beramanat..semoga anak-anak dihadapanku punya sekelumit bekal mengharungi cuti mereka.



"Dulu zaman ustzh kecik... tv hanya ada 3 siaran sahaja. TV1, TV2 dan TV 3...itu pun start dah petang-petang.&…