Posts

Showing posts from November, 2012
Image
Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh gapah semasa mendirikan solat, kerana dihadapanmu adalah Tuhanmu, bukan kawanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.

Wahai anakku,
Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solahmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solah itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan ba
tal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.

Wahai anakku,
Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solah, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh gapah dihadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bilamana berhadapan dengan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Ketahuilah bahawa solah adalah amalan pertama dihitung di akhirat. Apakah perasaanmu kalau engkau melihat solahmu yang tidak memelihara tertib dan adabnya, tentulah engkau akan merasa malu dan aib dihadapanNya. Engkau …

Alah kutip sampah je

Kutip sampah???
Apa kelaasss.
Bukan sampah aku.
Yap..kutip sampah..beruang pun tak buat tau.
Tapi sebab kita bukan beruanglah kita kutip sampah.
Sebab bukan sampah akulah, dikutip sampah itu
sebab aku ...takkan buang sampah merata-rata
sebab aku ada akal yang waras
sebab orang yang tak waras sahaja buang sampah merata-rata
sebab orang yang buang sampah tak kesian pada mak bapanya
mak bapaknya paling suka dia tak buang sampah merata-rata
tak PERCAYA????

Kalau 1000 sampah orang.. yang kita tolong kutip
itu kalau 1000..
sebab sehari kutip 10 sampah
100 hari jadilah 1000 sampah
dalam 1000 sampah tu mesti satu atau dua
In Sya Allah jadi amal ikhlas kita

Nak tunggu dapat pergi Palestine dengan Aqsa Syarif ??
In Sya Allah...ho..ho..Ameeeeen
tapi sampah depan mata ..depan mata bebb
Susahnya... kena tunduk dan cari tong yang ternganga
sekarang ni pun boleh tak ikhlas kutip sampah
sebab semua orang nak dapat Band 6 PBS Geografi
ni seloka cikgu Geografi Okey

Alah kutip sampah je...

Nak beli ustaz

Image
Nak beli ustaz...

Biasalah kan kalau  anak-anak balik sekolah  dan cerita 1000 satu hal tentang sekolah dan hal berkaitan sekolah mereka. Kalau anak lelaki... biasanya sikit-sikit sahaja. Tapi kalau anak perempuan ..memang mereka sangat suka bercerita. Cerita ustzah cakap macam tu..ustaz cerita macam ni.. kawan -kawan punya hal lagilah  banyak yang diceritakan.

Biasanya kita tukang dengar sahaja..dan kadang-kadang menyampuk sikit.Sepanjang pengamatan saya ustaz-ustaz ni lebih banyak diceritakan walaupun bilangan mereka agak minoriti di sekolah tersebut. Kenapa ye??

Pernahlah di suatu hari si kakak abang yang bersekolah rendah  bercerita tentang apa yang ustaz2  mereka ajar atau cerita.Bila bercerita siap dengan gaya (sampai terbayang-bayang ustaz mereka mengajar).  Di celah keriuhan mereka bercerita tu adalah seorang anak saya yang berumur 3 tahun lebih...tiba-tiba bersuara.
"Zubayr nak beli ustaz".
Ha!!
Semua diam dan terkejut.
Apa Zubayr??
Zubayr nak beli ustaz..

Ala kesia…