Posts

Showing posts from October, 2012

Hari Seni dan Visual SRIH

Image
Hari Seni dan Visual

Semalam 14 Oktober saya dan empat orang anak bershopping sakan. Sebab besok sekolah mereka iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah akan mengadakan Hari Seni dan Visual.

Meskipun petang tu cuaca tidak cerah(hujan lebat..oktober kan musim peralihan monsun). Semua bersemangat untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan. Hmm..layan je lah.

"Ummi ..tak payah bawak buku!" Kata Syifa' yang tahun 1 sambil memegang kertas catatannya.
"Pakai baju sukan je." Kata Asma'
"Ummi macam mana nak buat pokok ?" Tanya Mus'ab.

So sepanjang malam  aktiviti menyiapkan peralatan je lah. Nasib baik ummi pernah ada housemate dengan student architecture. Selalu juga tolong dia buat pokok.(Guna span basuh pinggan). Dan habis mainan adik Zubayr kena ponggah sebab nak cari mainan binatang.

kredit kepada miniatures.about.com
Dan pagi tadi seperti yang dijanjikan...senang betul nak kejutkan depa dari tidur. Sekali.. dua kali lepas tu cakap...Hari Seni dan Visu…

Sifat Mendorong Melakukan Dosa

Image
Alhamdulillah tadi sempat berbulatan gembira ... antara tazkirah yang disampaikan ialah 4 sifat yang mendorong kepada perbuatan dosa.

Apakah itu dosa?
Maksud dosa  atau azzanbu ialah perbuatan yang melanggar perintah atau hukum  Allah swt
Pastinya kita semua takut untuk melakukan dosa. Lantaran hukuman(had)  dan kesannya kerana melakukan dosa. Dosa boleh dibahagikan kepada dua iaitu dosa besar dan dosa kecil. Dosa-dosa besar  adalah dosa yang ditentukan balasanNya dengan Neraka.Na'uzubillah.

Dosa-dosa besar:
1. Menyekutukan Allah (syirik)
2.Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah(kecuali alasan yang dibenarkan)
3.makan harta anak yatim
4.makan riba
5.melarikan diri dari medan peperangan
6.menuduh wanita yang menjaga kehormatannya(dituduh berzina)
7. berjudi
8. minum arak
9.mengumpat
10. mengadu domba

Dosa-dosa kecil:
Dosa yang dilakukan selain dosa besar. Bagi dosa kecil , jika seseorang hamba melakukannya secara berterusan, maka ia akan menjadi dosa besar

Bentuk dosa:
1.Dosa keran…

Analogi jiwa anak dan adunan donut.

Image
Apakah yang diperlukan oleh seorang anak dari ibubapanya?

1. Ingin perhatian
2. Ingin difahami
3 .Ingin dihormati
4. Ingin diutamakan
5. Ingin dipercayai
6. Ingin diterima
7. Ingin dihargai
8. Ingin dikagumi
9. Ingin sokongan
10.Ingin dorongan
11. Ingin belaian

Rasanya tak perlu dihuraikan panjang lebar. Agak-agaknya ada lagi tak perkara yang mungkin tertinggal. Sebagai ibubapa kita mungkin hanya nampak keperluan berbentuk fizikal seperti makanan, pakaian dan  tempat tinggal. Namun perlu diinsafi bahawa keperluan yang bukan bersifat material atau fizikal ini lebih banyak dan sukar. Ibubapa yang bekerja meninggalkan anak-anak dalam jangkamasa yang lama untuk memenuhi keperluan material (yang ibubapa rasakan sangat penting). Apabila pulang dari kerja dalam keadaan letih dan masa yang sangat singkat( anak-anak masuk tidur  pukul 9.30 malam) barulah keperluan anak-anak yang bersifat tidak material ini cuba dipenuhi.
Pada tahap pembinaan yang penting iaitu dari umur 0-12 tahun ibubapa pe…