Posts

Showing posts from April, 2017
Image
Inikah Kita Di Hadapan Allah? Oleh : Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman “Ustaz, saya kerap tak khusyu’ dalam solat saya, walaupun saya faham ketika solat saya berhadapan dengan Allah SWT” “Cuba ustaz beri sebab yang paling jelas agar saya dapat faham” Demikian permintaan seorang peserta Kursus Penghayatan Solat  kepada saya. Agak sukar juga untuk memberikan satu jawapan memuaskan, mungkin bagi saya ia sememangnya memuaskan hati, tetapi tidak bagi orang lain. Ini kerana asas ilmu seseroang memainkan peranan penting dalam sebarang jenis kefahaman. Inilah cabaran dalam menyampaikan risalah Islam, jawapan bagi sesuatu isu itu mungkin ‘straight forward’ boleh diperolehi di dalam al-Quran, bagaimanapun cara menyampaikannya perlu dipelbagaikan. Terutamanya Allah SWT menyebut bahawa : وكانالإنسانأكثرشيئجدلا Ertinya : Dan sesungguhnya manusia itu adalah yang paling banyak memperdebatkan ( arahan dan larangan Allah SWT )