Posts

Showing posts from January, 2012

Ribut Matahari dan Gelombang Elektromagnetik

Hamburan partikel bertenaga tinggi (Coronal Mass Ejection) dari gelombang ribut matahari selasa lalu telah menghasilkan pemandangan yang mengkagumkan di langit di sebahagian besar kawasan di hemisfera utara. Gelombang elektromagnetik yang menembusi atmosfera telah menghasilkan fenomena cahaya berwarna-warni yang dikenali sebagai Aurora Borealis atau Northern Lights.

Kumpulan pengkaji astronomi serta pelancong tidak melepaskan peluang untuk melihat pemandangan yang jarang-jarang berlaku tersebut. Ada antara mereka yang sanggup menyewa kapal persiaran untuk melihat lebih jelas fenomena aurora tersebut di bahagian utara negara Scandinavia.
John Mason, seorang ahli astronomi dari Britain berkata "ia merupakan satu pemandangan yang unik, indah dan mengkagumkan. Saya melihat aurora pertama kali 40 tahun yang lalu dan kali ini adalah yang paling cantik pernah saya saksikan" kata beliau di atas dek kapal MS Midnatsol di utara Norway.

Pemandu pelancong di Jukkasjarvi, Sweden, Andreas He…

Muda untuk Tua...

Saya amat bertuah...sedari kecil saya ada ibu dan ayah. Di jaluran ibu,saya punya datuk dan nenek. Di sebelah ayah saya dianugerahi seorang nenek namun datuk sebelah ayah saya telah meninggal dunia sejak ayah  kecil. Saya menghabiskan usia kanak-kanak, remaja dan dewasa  bersama mereka.
        Saya akan menghabiskan sebahagian besar cuti sekolah  di rumah nenak dan datuk di kampung di Muar. Kampung yang konvensional...ada sawah padi, ada pokok getah, ada basikal palang, ada perahu tambang untuk menyeberang ke kampung sebelah ( Sg Bilah, Bukit Gambir)....dan ada motor Honda70 dengan plat MA5 ( sangat berusia).
         Nenek dan datuk saya pun sangat konvensional...macam cerita dalam drama/cerekarama... ditinggal anak-anak yang berhijrah  meninggalkan kampung halaman. Ada pokok getah, sawah padi di hujung kampung, kebun buah-buahan yang kadang-kadang katanya disinggahi pak belang dan pak gadang.
        Kini rumah kampung itu telah ditinggalkan.Usang, terbiar, reput...anak say…

Siapa Sang Pejuang??

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian dan tetaplah bersiap siaga( di perbatasan negeri kalian) dan bertaqwalah kalian kepada Allah agar kalian beruntung."
                                                                                                                                   Ali Imran:200

Bersabarlah dan kuatkan kesabaran. Ya ..inilah ubat kehidupan yang diturunkan oleh Allah buat hambaNYa.

Hidup ini adalah satu perjuangan...dan kita adalah PEJUANG. Sang pejuang selalunya penat, lelah, sakit, dahaga, lapar, khuatir, takut...kerana hidup ini adalah lorong tempatnya derap kaki-kaki pejuang.

Namun adakah pejuang mempunyai jiwa pejuang yang sebenar?? Sang pejuang yang tidak pernah menyedari dirinya adalah Sang Pejuang... hakikatnya sedang mensia-siakan setiap terjahan juangnya. Segala jerih perih, kudrat, harta malahan jiwanya ... arhh..sangat merugi.

Sang pejuang yang tahu dirinya sedang berjuang ..tidurnya, diamnya, fi…