Posts

Showing posts from 2009

detik 01.01.10

Image
Jam sudah menghampiri 2.30 pagi. Hari ini tanggal 1 Januari 2010 atau 01.01.10.

Hai mata..mengapa masih tak mengantuk??Tidak ..mata saya sudah menunjukkan isyarat mengantuk tapi kerana kepala saya yang terus-terusan ligat memikir..mata terpaksa bertahan.

Besok pagi jam 8.30 pagi saya sudah dijadualkan mengajar kelas tambahan di sekolah.Hanya beberapa jam saya akan punya masa merehatkan diri untuk bertugas esok. Serasa saya tidak mahu berehat. Malam ini anak-anak tidur di ruang tamu.. tertidur saat menunggu saya pulang. Tadi jam 12 tengah malam saya pulang... pulang dari sesi berukhwah dan mencambah iman. Besok saya harus menebar amal...jika Allah panjangkan umur saya sampai besok.

Saya pandang satu-satu dan lama-lama wajah anak-anak. Mulusnya wajah mereka... bersihnya jiwa mereka saat ini. Apakah sama wajah dan jiwa mereka esok hari?? Saya takut..takut dan gusar.

Tadi sewaktu pulang saya berpas-pasan dengan percikan dan dentuman bunga api. Al maklum saya tinggal di pinggir kota yang serba…
Image
Saat berkelapangan


Allah mengurniakan kita suatu detik yang dikatakan kelapangan

kelapangan dari miskin

kelapangan dari sakit

kelapangan dari sibuk

kelapangan dari mati

tatkala dikurniakan sedetik dari kelapangan itu...janganlah bertangguh..

ini merupakan peringatan untuk diri saya...

serasa kini saya dihambat bermacam hal kesibukan...

....jangan bertangguh....saya perlukan keazaman ...

Dr Tariq Ramadan

Image
Siapa yang berminat boleh lah join. Talk ni Hi-tea. so kena bayar. kena beli meja/kerusi. 3 jenis meja 5k,3k dan 2k jika nak beli kerusi 500/300/200. Boleh contact Raihan Mohd Aizaini 0127670532.


Tariq Said Ramadan dilahirkan pada 26 Ogos 1962 di Geneva, Switzerland. (negara yang saya nak sangat pergi selepas negara2 wajib). Bapanya Said ramadan adalah menantu kepada Hassan al Banna. oleh itu Dr Tariq (Prof.) ni adalah cucu kepada hasan al Banna lah. dia pernah berdebat dengan Sarkozy( Presiden Perancis.Pada tahun 2008 majalah the British Prospect dan America foreign Policy menyenaraikan beliau di temapat ke lapan... the world's top 100 contemporary intellectuals. Tariq Ramadan mengajar theology di University of Oxford. Pada August 2009 the City of Rotterdam and Erasmus University telah menyingkir Dr Tariq Ramadan dari positions nya sebagai "integration adviser" dan professor,ini kerana beliau telah mempengerusikan sebuah program dalam Iran's Press TV, iaitu Is…

Mengutip kekuatan mereka..

Image
Walaupun buku ini ditulis oleh non muslim (Dr ang Swee Chai)saya berasa sangat malu dengan kekuatan semangat dan pengorbanannya untuk membantu saudara muslim saya di palestine
Edisi alih bahasa 2007. Penerbit harakah. Cover foto 1982. Dua pemuda palestine keluar dari runtuhan kem sabra dengan mendukung mayat kanak-kanak berusia 3 tahun


Melalui kaca mata dan lintasan minda penulis Dr Ang Swee Chai yang menulis buku berjudul From Beirut to Jerusalem yang mencatat pengalamannya sendiri saya dapat mengutip kekuatannya dan saudara muslim saya di Palestine.



Batu dan Bawang


Ketakutan yang bersarang di hati kami telah mati
Ia membunuh harapan dan menghalang jalan ke hadapan
Ia menyebabkan cahaya pedoman padam
ketakutan telah mati dan aku menguburkannya dengan tanganku sendiri
ketakutan adalah lembaga yang menindas kami
yang begitu kejam ke atas kami
yang memecahkan balang
dan menumpahkan minyak
ketakutan telah mati dan aku menguburkannya dengan tanganku sendiri


karya Mustafa al Kurd
(Diberi judul tersebu…

Bertanyalah...

Image
Bila kita penat...apa yang kita perlukan...rehat....bagaimanakah rehat yang kita kehendaki?
Bila kita lapar...apa yang kita mahukan...makanan...apakah makanan yang kita ingini?
Bila kita sedih...apa yang kita perlukan...bahu sebagai sandaran..siapakah yang kita perlukan?
Bila kita gembira...apa yang kita inginkan...dengan siapakah kita perlu raikan?

Apabila kita berhadapan dengan situasi seperti itu..kita perlukan seseorang untuk berkongsi.

sahabat?

suami?

teman?

ibu?

ayah?

abang?

kakak?

kehidupan ini sebuah perkongsian.

Untuk berkongsi kita perlu kesefahaman

Kita perlu bertolak ansur

kita perlu keyakinan

Kita perlu kepercayaan

Kita tidak bisa menyendiri dan meyepi..
kita perlu mengorak hidup bersama orang lain

di sekolah
di pejabat
di hospital
di kedai
di jalanan

tapi di KUBUR kita akan keseorangan
ditemani amalan dan doa......pun kita tidak bisa keseorangan

kita perlukan doa anak yang soleh,ilmu bermanfaat amalan anak didik.....

Dakwat pen dan kematian kita

Image
Semasa saya di sekolah rendah dahulu pernah ada satu musim kegilaan terhadap pen isian semula dakwat. Pen dakwat basah. Pernahkan anda mengisi dakwat ke dalam pen? Zaman telah banyak berubah..



Sebagai seorang guru tugasan rutin saya antaranya mengisi dakwat ke dalam whiteboard marker.Jika kita mengisi dakwat dengan warna merah..pastinya tulisan yang terhasil berwarna merah. Kalau kita menginginkan dakwat berwarna biru yang betul-betul biru kita hendaklah menggunakan marker pen yang berwarna biru sahaja. Tidak boleh dicampur aduk. Jika tidak warna tidak menarik dan bercampur.

Ini mengingatkan saya tentang detik kehidupan yang sangat singkat yang akhirnya dinoktahkan dengan kematian. Bukanlah noktah kerana hakikatnya ada kehidupan selepas kematian. Dan kehidupan selepas itulah yang abadi. Marker pen ialah diri kita dan dakwat pen ialah apa yang kita isi ke dalam diri kita.

Marilah kita membayangkan keadaan diri mereka yang mengungkapkan perkataan yang baik-baik. Mereka yang berusaha menj…

Ukhuwah

Image
Ukhuwah....

Siapa yang dapat menunjukkan apakah ukhuwah?

Ramai yang mengungkapkan di bibir tapi adakah terkesan di hati?

Bila sesekali kenangan mengusik...terasa rindu dan ingin bertemu..adakah itu ukhuwah?

Bila cuba membuka lembar kisah lama...pahitkah atau manis yang terasa?

Ukhuwah adalah rasa hati yang hadir ..nikmat Ilahi atas kejujuran dalam pergaulan.

Sesekali air mata menitis bila merenung indahnya saat bersama tatkala suka dan duka apatah lagi kerana menggilap iman.

Buat sahabat-sahabat yang pernah menghuni sebuah teratak Baitul Hidayah...semoga kalian dalam keredhaanNya...

Buat sahabat-sahabat yang pernah bersama mengharung kehidupan di bumi hijau Serdang... kalian bersemadi di dalam hati

Norzira , Fathimah Puteri, Zurainah Ujang, Angdik Nuraida, Norasiah Daud, Mazidah Mamat, Jusninar Rosli, Haslinah Ali(K.Najat), Marina Manshor, Hisaniah, Norsapura, Wafa, Saleha Kasim, Kamisah Jantan...pastinya ramai yang masih terpahat di hati

Satu jiwa ...

Image
SEBUAH KELUARGA.....PERLU SATU JIWA


JIWA YANG HIDUP UNTUK BANYAK HATI....

Kehidupan berkeluarga dipimpin oleh seorang AYAH ditunjangi oleh seorang IBU untuk melahirkan ANAK-ANAK soleh berjasa buat agama dan watannya. Hiduplah berkeluarga dengan suluhan Al Quran


Kehidupan ini merupakan amanahNya... setiap kita ada kewajipan yang perlu ditunaikan







Solatku...ibadahku...hanya untuMu

Image
Tiada alasan untuk mendirikan solat...


















Image
SALAM AIDIL FITRI ..MAAF ZAHIR BATIN.. dari....HERMEE TAHIR (Abu Adli), SITI SHAMTIDAR BOAHARI (Ummu Adli), SYAHMI ADLI, MUS'AB UMAYR, ASMA' AMATULLAH, SYIFA AQILAH, ZUBAYR AFIF

Robohkan rumah ini!!

Image
Pada suatu hari Tuan Said seorang jutawan telah didatangi oleh sekumpulan penduduk kampung. Mahligai Tuan Said memang sering dikunjungi orang tapi kali ini suasananya agak lain sedikit.


"Bagaimana ye Tuan Said....Kampung kita kini sedang dilanda masalah besar." berkata wakil penduduk yang kelihatan garis-garis di dahinya


"Masalah besar??Hmm bawa bertenang .. apa masalah yang besar tu. Mari bawa berbincang." Tuan Said cuba meredakan suasana yang agak tegang itu.


"Kalau kita perhatikan.. anak-anak muda di kampung ni semakin menjadi-jadi perangainya. Liar dan kurang ajar."celah seorang penduduk lain.


"Ramai yang terpengaruh dengan budaya luar dan liar.Minggu lepas...polis tangkap 10 orang kerana berjudi haram. Malam semalam pulak polis tangkap kumpulan anak-anak muda berlumba haram. Entah apa benda haram lagi yang mereka buat." sampuk pak imam yang duduk bersetentang Tuan Said.


"Ya saya pun dah perasan perkara ini.....pergaulan bebas lelaki peremp…

Perkataan yang meluncur ke langit

Image
Sudah lama saya ingin memasukkan entri ini tapi kesempatan waktu menghambat saya...hinggalah hari ini hari ke 23 Ramadhan. Entri ini moga dapat membantu diri saya dan yang lain juga. Sumber entri ini saya ambil dari buku kecil karangan M.Anis Matta yang berjudul Setiap Saat Bersama Allah





Sinopsis buku ini sahaja telah menuntun hati saya untuk membacanya





Sehari-hari anda berdoa tapi tahukah anda erti dan hakikat dari aktiviti itu. Tahukah anda bagaimana doa akan memberi tenaga dan kekuatan jiwa yang dasyat? Tahukah anda bagaimana doa akan memberi anda kesihatan mental yang prima? Itulah seni berdoa. Seni yang mengajarkan bagaimana menjalani hidup dengan khusyuk!!



Jangan kita trpedaya kpd mereka yang mengatakan doa itu satu bentuk ketidakberdayaan (doa tidak mempunyai kemampuan). DOA ITU KEKUATAN!!


"Doa itu senjata seorang mukmin, tiang agama, serta cahaya langit dan bumi" HR al hakim dari Ali bin Abi Talib


Senjata doa itu berupaya membina PERISAI dari segala macam musibah.


Ibnu al…

Malam al Qadar yang didambakan

Image
Apakah malam qadar(lailatul qadar)??

Ia adalah malam yang mana ditetapkan segala perkara dari perkara-perkara yang akan berlaku sepanjang tahun. Ia berlaku pada bulan Ramadhan yang keistimewaannya ia lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan 84 tahun.

Bilakah akan berlakunya malam Qadar??

Ilmu tentang bilakah ia berlaku telah diambil oleh Allah dari Nabi gara-gara kesalahan pertengkaran yang dilakukan oleh dua orang lelaki di antara kaum muslimin.

'Ubadah bin as Shamit berkata:" Bahawa Rasulullah saw keluar untuk memberitahu tentang lailatul qadar, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar, maka baginda bersabda:"sesungguhnya aku keluar untuk memberitahu kalian tentang lailatul qadar. tetapi sesungguhnya si fulan dan si fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang lailatul qadar). namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. carilah lailatul qadar pada malam tujuh, sembilan dan lima(yang terakhir)." HR al Bukhari

Aisyah ra meriwayatkan bahaw…

Kapur dan pemadam

Image
Pada suatu hari seorang guru sedang mengajar di dalam kelas. Mungkin kerana masa yang telah menginjak lewat petang pelajar kelihatan tidak bersemangat mengikuti pembelajaran bagi subjek sejarah.
"ok lah kita tak payah belajar hari ni...kita buat games." Guru itu bersuara setelah agak lama diam memikir sambil merenung pelajar-pelajarnya.
"Ok!" pelajar-pelajar menjawab dengan penuh semangat. Hilang muka kebosanan mereka.
"Kalau cikgu angkat kapur ini ramai-ramai sebut kapur. kalau cikgu angkat pemadam ramai-ramai sebut pemadam. Sebut dengan betul dan kuat ok." Guru itu memberi arahan dengan semangat.
Maka mulailah mereka melakukan permainan tersebut. Guru itu mengangkat dan menunjuk kapur dan pelajar berseru dengan kuat menyebut kapur dan sebaliknya bagi pemadam.
"Baiklah sekarang kita tukar. Cikgu hendak kamu sebut kapur bila cikgu angkat pemadam dan sebut pemadam bila cikgu angkat kapur." Guru itu memberi arahan kedua.
Permainan kedua itu berjalan de…

Lihat gunung atau lalat?

Image
Rasulullah saw bersabda:

Seorang mukmin itu melihat dosanya sebagaimana melihat gunung yang ada di atasnya. ia takut sekali kalau-kalau gunung itu jatuh menimpa dirinya. Adapun orang munafik itu melihat dosanya sebagaimana melihat lalat yang terbang melalui hidungnya, lalu dibiarnya sahaja supaya lalat itu terus terbang. Hadis Riwayat Bukhari



Kita melihat gunung atau lalat??



Ya Allah jauhkanlah kami dari sifat-sifat nifaq

Da'i (pendakwah) kecil

Image
Kita biasa mendengar ustaz berceramah dan kita selalunya jatuh suka pada ucapan ustaz tersebut yang memberi kiat yang menyentuh hati kita. Ustaz akan menambah rencam ceramahnya dengan contoh kisah benar dan kisah lucu. kita pun akan menanamkan azam untuk mengikut perkataan-perkataan ustaz tersebut setelah kita menimbangkan kebenaran kata-katanya.



tapi..pernah tak kita menghadapi situasi di mana seorang anak kecil tanpa sebarang kata yang disulami lelucon telah menyentuh hati kita melalui perlakuannya yang tulus. kita lantas teringat-ingat akan si anak kecil itu akan akhlaknya dan tutur katanya..dan kita merasa sangat kerdil. kita berazam untuk berubah kerana berfikir si kecil pun memahami kebenaran kenapa tidak kita si pak tua.



Pernah tak kita di beri nasihat oleh seseorang yang dewasa tapi kita merasakan dada kita sangat sempit serasa seperti mendaki gunung yang tinggi. selama berhari-hari kita memikir untuk menerima kata-kata nasihat itu walaupun kita tahu kebenarannya.



tapi..andai yan…

Jihad...???

Image
"Awak datang sekolah untuk hidup atau mati tau" seorang guru lelaki berucap di dalam kelas.

Pelajar -pelajar yang tadi kelihatan mengantuk dan kebosanan bingkas duduk tegak.

"kenapa pulak cikgu?" Seorang pelajar kurus tinggi di belakang kelas menyoal gurunya itu.

"Sekolah ni pusat perjumpaan ramai orang dari berbagai tempat...dan kamu pun tau je lah...H1N1 mungkin di bawa oleh salah seorang rakan kamu."Jawab guru lelaki itu.

"Boleh tak kalau kamu niatkan datang sekolah ni sebagai satu JIHAD. Sebagai orang yang berjihad kamu kenalah bersemangat dan berusaha..bukan macam tadi bermalas-malasan" Guru tersebut menghuraikan lagi jawapannya.

"bukan senang nak datang sekolah, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang...dan sangat rugilah kalau dapat datang sekolah tapi tak bersungguh-sungguh."

Pelajar-pelajar di kelas itu kelihatan tunduk mungkin sedang memikirkan dengan mendalam kata-kata guru muda itu.



Sebagai guru atau murabbi kita pun sedang berjih…

Apa itu basi???

Image
Pada suatu hari seoarang pengembara yang telah mengembara ke seluruh pelusok dunia bercerita.... "telah banyak tempat yang saya lalui...singgah....dan saya perhati."sorot matanya mengimbau jejak kembaranya . "Telah banyak makanan dan minuman yang saya nikmati."Tampak halkumnya menelan air liur. "saya bergaul dan bersama dengan masyarakat di tempat yang saya singgahi sehingga saya dapat menguasai bahasa mereka." "banyak perbendaharaan kata yang saya tanya....tapi ada sebuah tempat yang tidak mempunyai kosa kata bagi perkataan BASI." "Puas saya bertanya pada cerdik pandai mereka, peniaga,ibu-ibu surirumah, kanak-kanak...tapi tidak ada untuk basi..apa itu basi???" "Hinggalah saya bertemu seorang warga yang paling tua di kalangan mereka." "Saya di bawa ke sebuah tempat...sebuah muzium. Perkataan basi itu telah menjadi bahan artifak sejarah." "lalu orang tua itu bertanya bagaimanakah keadaan basi di negara saya..." &quo…

Menembusi langit dan cerita ibu saat sakarat

Image
Nebula Mata kucing atau bunga ros(copyright image NASA)

Telescope Hubble


Gambar di atas adalah Telescope Hubble NASA yang beroperasi mengambil gambar di langit.
Bila menyebut tentang langit…dan merenungnya dan memikirkannya…pasti tiada siapa yang dapat menafikan kewujudan Yang Maha Mencipta. Al Quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan dari langit dan banyak memberitakan cerita-cerita di langit. Sesiapa yang ingin mencari dan menambahkan keimanan kepada Allah swt maka perhatikanlah langit.
“ Wahai golongan jin dan manusia! Jika kamu sanssup menembus penjuru langit dan bumi, maka tembuslah. Kamu tidak akan mampu menembusnya kecuali dengan kekuatan(dari Allah)” Ar Rahman :33
Antara gambar yang berjaya dirakam oleh telescope gergasi itu ialah Nebula

Menurut NASA: nebula (NEHB yuh luh) is a cloud of dust particles and gases in space. The term nebula comes from the Latin word for cloud. Early astronomers also used the term for distant galaxies outside the earth's galaxy, the Milky Way.
G…

Apa nama lubang di depan rumah???

Image
Saya suka untuk menulis kembali suatu sketsa dari buku yang saya baca..Quantum Tarbiyyah oleh Solikhin Abu Izuddin (penulis Zero to Hero)

Seorang anak kecil berlari-lari mendapatkan ibunya di dapur, "Ibu, apa nama lubang yang di depan rumah? soal si anak .
"tanyalah pada ayahmu, ibu sedang memasak ni.."
Si anak pun berlari mendapatkan ayah di ruang tamu.
" Lubang di depan rumah itu apa namanya ayah?
"Tanya pada kakak, ayah sedang membaca surat khabar ni.."
Anak kecil itu pun berlari mendapat kakak di biliknya.
"kak, apa nama lubang di depan rumah..?
"perigi.." jawab si kakak.
"Ya..perigi..kalau begitu tolong cepat...adik terjatuh dalam perigi yang di depan rumah"

Jangan mengambil remeh walaupun perkara kecil

cerita mereka yang telah ke angkasa

Image
Dipetik dari inijalanku.wordpress.com(ust Halim)



Pernah di University of Melbourne saya hadiri satu ceramah seorang ahli sains Islam dari Mesir yang banyak berceramah di serata dunia, namanya Professor Zaghlul Najjar . Beliau telah mengislamkan ramai ahli saintis Barat dan Rusia melalui ceramah Sains Islam yang disampaikannya. Beliau bercerita setelah selesai menyampaikan satu ceramah, seorang angkasawan bertemu beliau dan menceritakan pengalamannya apabila sedang dia naik dan menembusi lapisan udarakasa dunia untuk masuk ke langit beliau terasa pandangannya seperti orang mabuk dan tubuh badannya berasa ganjil seperti terkena sihir. Kata Prof Zaghlul Najjar, “Subhanallah! Kata-katamu sama seperti ayat Al-Quran, surah Al-Hijr, ayat 15 bermaksud, ‘Jika Kami bukakan bagi mereka pintu-pintu dari langit, lalu mereka terus mikraj(naik) di langit tersebut, nescaya mereka akan berkata, ‘Pandangan-pandangan kami telah dimabukkan, bahkan sesungguhnya kami kaum yang terkena sihir’ “.

Bertemu Pemuda Ashabul kahfi??

Image
Bertemu Ashabul Kahfi??


Saya pernah berjumpa ashabul kahfi…. Tetapi ashabul kahfi yang saya temui ini …….bukanlah ashabul kahfi seperti yang diceritakan dalam Al Quran. Tatkala saya mengenali mereka saya dapat rasakan mereka mempunyai ruh seperti ashabul kahfi.
Mereka pemuda yang dilimpahi kesenangan..kerana pendapatan perkapita ibubapa mereka. Tetapi mereka memilih untuk tidak hanyut dalam dunia kenikmatan. Dunia remaja remaji….handphone, artis, fesyen-fesyen pakaian, permainan computer, motor, kereta, teman sosial..dan banyak lagi di luar pengetahuan saya.
Mereka memilih untuk mengasingkan diri dan tidur / lelap dari dunia yang menghanyutkan mereka kepada kesesatan dan kekufuran. Mereka mengislahkan diri dan cuba mengislahkan orang lain. Mereka hidup dengan al Quran, ibadat, infaq dan dakwah. Mereka begitu international kerana menperjuangkan nasib rakyat Palestine, Iraq dan semua saudara mereka di seantero dunia.Mereka boleh berbahasa Arab dan Inggeris dengan lancar. Mereka menguasai I…

Apabila dikejar anjing

Image
Petikan dari Segenggam Rindu Untuk Istri oleh Dwi Budiyanto (setelah di alih bahasa)

"Encik, saya hanya ingin bertanya.Kalau anda dikejar anjing, apa yang anda lakukan?tanya sang imam.
lelaki itu terdiam sejenak. Ia belum mengetahui hubungan antara pertanyaan sang imam dengan persoalan yang membelit dirinya. Namun, ia mencuba untuk memahaminya.
"Saya akan lari," jawabnya singkat.
"Oo, begitu," kata sang imam."Dengan lari anda yakin anjing itu akan berhenti mengejar anda?"
"saya tidak yakin."
"kalau begitu apa yang akan anda lakukan?" kembali sang imam bertanya.
" saya akan mengambil kayu. saya akan pukul anjing itu."
"Dengan memukulnya anda yakin anjing itu akan berhenti mengejar anda?"
Mendengar komentar sang imam,lelaki itu kembali terdiam. Ia lalu menggelengkan kepala.
"Lalu?" tanya sang imam
" Ya sudah, saya akan mengonggonginya pula!"kata lelaki itu.
Sang imam tertawa.Entah kerana dorongan apa le…

Lawatan ke Hangzhou dan Shanghai kerana ...

Image
Berikut adalah sebahagian petikan sepucuk surat beralamat Bedok Reservior Road Singapore yang saya terima daripada bapa seorang pelajar saya:


Saya menulis surat ini untuk mendapatkan kefahaman, restu dan bantuan antum

Kami akan insaAllah membawa seluruh keluarga kami wisata ke Hangzhou dan Shanghai dari 20 hb hingga 26 hb Julai 2009. Niat utama kami adalah untuk memerhati gerhana matahari menyeluruh (total salar eclipse) yang disebut sebagai gerhana matahari paling hebat pada abad ini, iaitu yang mengakibatkan kegelapan keseluruhan yang terlam pada abad ini. walaupun gerhana itu juga kelihatan dari Asia Tenggara, namun ia menutupi hanya 20% dari matahari. manakala matahari tertutup 100% apabila dilihat di Hangzhou dan Shanghai

Semasa di sana, kami juga berharap untuk mendedahkan anak-anak kami kepada pengalaman silang sosio-budaya, sejarah Islam di China dan keadaan China masakini secara langsung.
Kami sedar bahawa beliau akan tertinggal beberapa pengajian penting disekolah sepanjang hari…

Jangan switch off

Image
Suatu pagi di sebuah sekolah. Dalam perhimpunan rasmi tibalah sesi untuk guru disiplin membuat ucapan!!!! selama 30 minit masa seakan merangkak kerana waktu itu lontaran kalimat guru disiplin terasa amat menyakitkan pendengaran.
Untuk siapakah lontaran kata-kata itu ditujukan??
Kepada pelajar yang menyalahi disiplin( direct translation: NAKAL)
Siapakah yang mendengar kalimat yang meniti di bibir guru disiplin tadi???.
Hanya pelajar yang baik dan mengikut peraturan.
Kenapa?? Di manakah pelajar-pelajar nakal di sekolah itu??
Mereka di situ tetapi mereka meng"switch off" telinga dan hati mereka.
Bagaimana mereka boleh switch off??
Mereka telah biasa mendengar leteran, sindiran, herdikan... di rumah, di sekolah.
Akhirnya mereka berjaya memasang switch untuk on atau off deria mereka.

Dan akhirnya pelajar nakal tadi semakin nakal dan pelajar baik menjadi semakin cemerlang.

"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau(Muhammad) beri peringa…

Kejadian di dalam LRT

Seorang sahabat saya telah menceritakan sebuah kisah yang boleh dijadikan renungan. Suatu hari di musim cuti sekolah beliau telah membawa anak-anaknya bercuti ke Kuala lumpur dan menaiki LRT. Di Malaysia hanya di KL sahaja ada LRT..Oleh itu aktiviti menaiki LRT menjadi suatu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh mereka sekeluarga.

Seawal pagi mereka telah bersiap-siap. Mereka bertolak dari rumah datuk dan nenek yang terletak di Sg Buloh..Sebelum bertolak si ayah memberi pesanan..Semua dah siap?? sesiapa yang nak buang air...sila ke bilik kecil segera. Maka anak-anak pun bergantian masuk ke bilik kecil untuk melepaskan hajat.

Maka mereka sekeluarga pun naiklah LRT. Kelihatan anak-anak begitu teruja menaiki LRT..menikmai pemandangan kota metropolitan...menyaksikan kesibukan ibukota Malaysia.

Tiba-tiba anak yang berusia 8 tahun merapati ayahnya lalu bertanya... Ayah di dalam LRT ada toilet tak?? Si ayah menjawab dalam nada yang agak kesal...Tadi kan ayah dah suruh pergi toilet sebe…
Image
Sejenak berhenti untuk berfikir lebih baik...

Children to Heaven

Image
Children to heaven Karya penulis dari negara tetangga Iaitu Mas Udik Abdullah..

Di bawah ini saya sertakan sebahagian tulisannya..hasil mengajak anak-anaknya merindukan syurga



Sungguh bahagia orangtua yang berhasil mengajak anak-anaknya merindukan syurga. Kelak mereka akan bergantian disambut oleh anak-anaknya yang soleh untuk diajak memasuki pintu gerbang syurga, bermain-main di taman yang amat indah.



Anak adalah pelaburan akhirat yang sangat menguntungkan. Didunia mereka penyenang hati (qurrata a'yun) yg akn melengkapkan dan menyempurnakan kebahagian dalam mahligai rumah tangga. adapun di akhirat, mereka mutiara yang menyenagkan jiwa dan mententeramkan batin. memiliki anak-anak seperti mereka ibarat menghadirkan suasana syurga sebelum memasuki syurga sesungguhnya.



Menjadikan seorang anak sentiasa rindu syurgfa bukanlah mudah. Namun, hal ini juga tidaklah sulit diwujudkan bila ada kesungguhan dari ibubapa dalam mengasuh, merawat dan mendidik anak-anak. Diperlukan ketelitian, kesaba…

Ahlan ya bulan rejab. bersiap untuk Ramadhan

Image
Selamat datang bulan Rejab..Moga diri ini dapat melalui Syaaban dan mengunjungi Ramadhan.

Sangat cepat masa berlalu..rasanya baru sahaja Ramadhan dilalui..Alhamdulillah...kita dapat berada di bulan Rejab.



Bila ada seoarang sahabat bertanya...Anti boleh khatam Quran sebelum Ramadhan?? rasa tersedar..Ya lah.. sekarang ni masih di Al Baqarah..sempat ke?? Tapi tak pe..ini boleh jadi cabaran untuk mengkhatamkan al Quran sebelum Ramadhan supaya dapat mulakan lembaran yang baru.



Bila tengok sahabat-sahabat berpuasa Rejab...rasa malu pada mereka. malu pada Allah pun ada juga. Tapi cuba nak cover...ye lah baby kecil ,baru 4 bulan ..dapat keuzuran sebab menyusukan. tapi ingat lagi ramadhan lepas..pragnent 3 bulan dan tengah teruk morning sickness. berjaya juga berpuasa (2 hari tinggal sbb muntah teruk) kerana doa..doa minta Allah tolong untuk puasa.



Baru-baru ni selalu rasa sakit pada bhgn urat leher... rasa tegang urat tu. teringat cerita mak masa balik kg. Jirannya meninggal sebab darah tinggi..u…
Image
Doa...

Doa adalah senjata bagi setiap mukmin...
Doa adalah kekuatan bagi setiap insan...
Doa adalah perbekalan di medan perjuangan...
Doa adalah ubat ketika kesakitan...
Doa adalah hadiah dari Allah untuk hambaNya...
Momentum doa..luarbiasa
Kuatnya doa...tidak terkira
Hebatnya doa..kerana menunjukkan bahawa kita sebagai hambaNya memang amat..amat kerdil

derap perjuangan

Image
Derap Perjuangan

cuti 2 bulan...membina diri dan peribadi...

Kini derap perjuangaan ku makin menderu. akan ku pacu temali perjuangan ini dengan kejap. wahai Tuhan yang memegang jiwaku...kuatkanlah jiwa ini, teguhkan hati ini..hanaya padaMu kusandarkan harapan.. tangan yang menghanyun buaian akan menggoncang dunia. dari tangan seorang ibu akan lahir pejuang-pejuang yang akan mentadbir dunia..

didikan bermula dari rumah. rumah adalah sekolah terawal anak-anak. silibus dan pengajaran perlu penelitian, perancangan dan perlaksanaan yang berterusan. didikan dengan kasih sayang dan teladan...dan kekuatan DOA.

mehnahnya...di atasi dengan ilmu dan doa. hasilnya doa dari anak yang soleh untuk ibu ayah meski telah bersemadi di alam barzakh

MARI BOIKOT BARANGAN AMERIKA

Image
Jangan beli barangan buatan Amerika. Itu sahaja yang mampu dilakukan untuk membantu saudara-saudara kita di Palestine, Iraq dan banyak lagi negara yang dijajah secara moden oleh Amerika dan sekutunya. Ketegasan kita Memboikot barangan dan perkhidmatan Amerika Dan Israel bermakna pembelaan kita terhadap rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.Berikut adalah sebahagian barangan dan Perkhidmatan Amerika Dan Israel yang perlu diboikot. Jika anda mempolehi mana² lagi barangan Amerika yang lain anda harus hebahkan kepada orang ramai untuk diboikot sepenuhnya. Kami yakin umat islam boleh mendapatkan alternatif kepada barangan dah perkhidmatan Amerika:


1. Pakaian (Jeans Levi's, Lee Cooper, Wrangler, G.A. Blue, T-Shirt Levi's, GAP, Dunhill, Body Glove).


2. Kasut (Dr. Cardin, Lee Cooper, Camel, Nike, Puma, Body Glove, Diadora).


3. Perhiasan (Jam Tangan GAP dan talipinggang GAP).


4. Makanan ringan (KFC, McDonald's, A&W, pizza Hut, Shakey's pizza, Seven Eleven, …

Kenyataan Mursyid Am Ikhwan ttg Gaza « inijalanku.wordpress.com