Posts

Showing posts from March, 2012
Jika Dia mengkehendaki

Saya macam nak pergi....
tapi tak dapat cari jalan
Tapi...saya memang nak pergi...
Saya gunakan hati dan jiwa saya untuk pergi...
saya doa...
saya percaya..jika Allah mengkehendaki..
saya selalu baca ayat dalam surah at Talak tu..
yang orang kata ayat seribu dinar...

kemudian...
saya nampak macam tak ada jalan dah
saya rasa tak ada cara lain
saya pun pasrah
aku redha ya Allah

Kemudian...
saya tak kisah...
memang saya nak pergi..
saya tetap doa...

kemudian...
saya rasa saya letakkan harapan hanya padaNya
saya tetap doa

Kemudian..
saya terasa ada sekelumit cahaya di hujung jalan
yang tadi macam dah tak tertembus
saya nmapak cahaya itu makin bersinar dan memancar

saya terus mengharap..
saya memang nak pergi

Kursus PBS untuk tingkatan 1 2012

Kursus PBS

Tadi saya berkursus bagaimana untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang akan dilaksanakan bermula kepada pelajar tingkatan 1 tahun ini . Walaupun kursus ini ...fuhhh...3 hari, dari 8-4 petang... saya seronok ..sebab saya sangat menyokong sistem ini. Apapun sebabnya..saya nampak bahawa anak-anak ini akan belajar supaya dapat mengamalkan ...belajar untuk tahu, faham dan paling baik sekali mengajar kepada rakan-rakan lain. Belajar bukan semata-mata untuk Peperiksaan. Apa taknya berapa ramai pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan tapi kurang adabnya...saya pun tiada statistik.
   Diharapkan anak-anak ini akan memahami bahawa  mereka belajar, mereka ke sekolah untuk menimba ilmu yang menjadi cahaya kehidupan mereka..bukan untuk mengejar A semata-mata.

Kasut jerr...

Image
Alah ...kasut jer Tapi kasut boleh menceritakan sesuatu Ada orang tak cukup kaki untuk pakai kasut ada orang tak cukup kasut untuk pakai di kaki ada orang tak cukup akal nak pakai kasut Akal??? Gunakan akal untuk menimbangkan

Mengenali kekasih kita

Image
Rasulullah saw merupakan insan yang sangat sempurna diutus sebgai pemberi khabar gembira dan membawa peringatan. Nabi Muhammad saw sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan Islam kepada semua umat manusia. Kenali baginda melalui ringkasan biodata ini.