Posts

Showing posts from 2010

Aku ingin jadi sepertimu... si daun maple

Lataran blog saya baru diubah suai. Saya tertarik mengambil daun maple sebagai lataran. Daun ini mempunyai keunikan kerana perubahan warna yang dilaluinya seiring perubahan musim.
Daun ini hidup di negara yang mengalami 4 musim iaitu musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk. Antara negara yang sesuai ditumbuhi pokok maple ialah Jepun, Korea dan Kanada. Daun ini telah diangkat oleh negara Kanada sebagai lambang negara mereka dan tertera pada bendera negara.

Keunikan daun ini mengheret saya beranalogi... daun maple yang bakal gugur akan berwarna kekuningan dan kemerahan..meskipun ia gugur ia tetap memberikan warna keceriaan, menyinar dan dikagumi.

Setiap insan akan gugur ..kematian merupakan titik hayat.. dan detik gugurnya insan. Saya dikelilingi oleh pelbagai lapisan usia insan. Saya melihat insan-insan di sisi saya ada yang telah menginjak usia senja. Saat rakan seusia yang mengambil gelaran pencen berehat di rumah sambil menghitung detik kesepian. Atau menghabis saki bak…
Image
Ke manakah ingin di bawa anak-anak ini???



Anak-anak ini....

berjalan sendiri meredah onak dan duri

sedari dinihari mereka telah ditinggal pergi...

ibu dan ayah sibuk mencari rezeki

kala malam menjelma baru kembali..



anak-anak ini...

hidup berdikari...

makan minum sendiri..

kawan dan lawan pilihan hati...

tiada siapa endah atau peduli



Anak-anak ini

kesibukan ibu ayah ..

kealpaan jiran tetangga

jauh dari perhatian orang dewasa

bawa haluan dan urusan sendirian



Akhirnya anak-anak ini...

hanyut ditelan badai kejahilan

tenggelam diragut arus duniawi

natijahnya terdampar sisa masyarakat

dadah, rempit, bohsia dan anak di luar nikah

sipenderhaka, pemabuk, ahli maksiat



anak-anak ini..

mangsa pemulihan ekonomi

mangsa dasar pendidikan yang dipolitikkan

mangsa iklan komersial yang berlambakan

mangsa ketakutan menjaga tepi kain orang



anak-anak ini..

ke manakah akan di bawa mereka??

Ramadhan

Image
Ramadhan telah tiba..dan kini telah berlalu 1/3...

Siapa yang dapat menduga...Ramadhan ini kita ada

Ramadhan ini kita berpuasa...kita berbuka

kita gembira atas nikmatnya...dua kegembiraan mukmin...

tatkala berbuka dan melihat wajjahNya di Hari akhirat.



Ramadhan ini ..tahun ini...

semua makhluk mensyukuri...

pintu-pintu neraka terkunci..

syaitan musuh kita tergari..

tiada halangan untuk menggapai redha ilahi



Ramadhan ini kita santuni

doa dipanjat sepenuh hati.

al Quran dibaca menusuk sanubari

Solat dilaksanakan sedekah diberi

ibadah merancak di sana sini

nikmat Ilahi banyak sekali

bergembira mukmin di sana sini

dunia terasa aman dan dirahmati

ramdhan pergi pasti ditangisi



Ramadhan menyinar memberi keberkatan

Ramdahan hadir mencurah kerahmatan

Ramdhan dinanti kerana adanya keampunan



Jika Ramadhan dirai kerana Bazar makan-makan

Atau baju raya sedondon berpasang-pasang

akhlak dan perkataan tidak diendahkan

kuih dan lagu raya diutamakan

program raya di tv dibesar-besarkan

adakah ini puasa yang kita raikan

inikah puas…

Mengenali Baitul Maqdis Mencintainya

Image
Baitul Maqdis merupakan aqidah kaum Muslimin yang mempunyai kedudukan yang amat tinggi. Ini disepakati seluruh muslimin, mazhab dan alirannya. Justeru kita melihat kaum Muslimin begitu konsisten membela,menjaga kehormatan sehingga sanggup mengorbankan jiwa dan harta benda untuk melindunginya.

Baitul Maqdis merupakan:
1) kiblat pertama umat Islam semenjak kewajipan solat diturunkan melalui peristiwa Isra' dan Mi'raj pada tahun ke 10 kenabian Rasulullah atau 3 tahun sebelum hijrah. Kaum Muslimin ketika itu bersolat mengadap Baitul Maqdis sehingga turun ayat 150 surah al Baqarah.

2)negeri isra' dan mi'raj. Allah telah menjadikan Baitul maqdis sebagai perhentian(transit) terakhir perjalanan isra' di bumi dan permulaan perjalanan mi'raj ke langit. Perjalanan pada malam penuh berkat dari Masjidil Haram di Makkah dan berhenti di Masjidil Aqsa merupakan ketentuan Ilahi. Di Masjidil Aqsa, Rasulullah menjadi imam para nabi dalam solat mereka. Ini merupakan isyarat dari Alla…

Buku oh buku....

Image
Saya suka buku... kalau berhajat nak beri hadiah, bolehlah mempertimbangkan mana-mana buku yang bersesuaian. Malangnya saya selalu berkesempatan membaca 10 muka surat yang terawal. Itu pun kalau saya betul2 berkelapangan. Kewajiban lain lebih banyak memyebabkan masa membaca saya terpinggir.



Alhamdulillah sekarang ni macam2 buku yang portable. Kecil dan mudah dibawa...dan isinya menarik dan terkesan. Kenapa kita perlu membaca??...sebab paling utama untuk menimba ilmu. Tapi sebab lain ialah untuk berehat. Saya rasa betul2 berehat bila dapat membaca. Masa membaca adalah masa berehat.



Kita letih...penat...dan ingin berehat. Kita sangat ingin berehat... kita pun memilih progam kerehatan kita...tidur, bersantai di tepi pantai, minum teh tarik, menonton tv, membaca majalah, makan kek, minum ABC, window shopping , layari internet... Apabila dapat melakukan aktiviti yang kita ingin lakukan kita sangat puas dan selesa.



Pernahkah kita mendengar orang berehat dengan SOLAT.

Agaknya macam itulah orang…