Posts

Showing posts from July, 2009

Apa nama lubang di depan rumah???

Image
Saya suka untuk menulis kembali suatu sketsa dari buku yang saya baca..Quantum Tarbiyyah oleh Solikhin Abu Izuddin (penulis Zero to Hero)

Seorang anak kecil berlari-lari mendapatkan ibunya di dapur, "Ibu, apa nama lubang yang di depan rumah? soal si anak .
"tanyalah pada ayahmu, ibu sedang memasak ni.."
Si anak pun berlari mendapatkan ayah di ruang tamu.
" Lubang di depan rumah itu apa namanya ayah?
"Tanya pada kakak, ayah sedang membaca surat khabar ni.."
Anak kecil itu pun berlari mendapat kakak di biliknya.
"kak, apa nama lubang di depan rumah..?
"perigi.." jawab si kakak.
"Ya..perigi..kalau begitu tolong cepat...adik terjatuh dalam perigi yang di depan rumah"

Jangan mengambil remeh walaupun perkara kecil

cerita mereka yang telah ke angkasa

Image
Dipetik dari inijalanku.wordpress.com(ust Halim)



Pernah di University of Melbourne saya hadiri satu ceramah seorang ahli sains Islam dari Mesir yang banyak berceramah di serata dunia, namanya Professor Zaghlul Najjar . Beliau telah mengislamkan ramai ahli saintis Barat dan Rusia melalui ceramah Sains Islam yang disampaikannya. Beliau bercerita setelah selesai menyampaikan satu ceramah, seorang angkasawan bertemu beliau dan menceritakan pengalamannya apabila sedang dia naik dan menembusi lapisan udarakasa dunia untuk masuk ke langit beliau terasa pandangannya seperti orang mabuk dan tubuh badannya berasa ganjil seperti terkena sihir. Kata Prof Zaghlul Najjar, “Subhanallah! Kata-katamu sama seperti ayat Al-Quran, surah Al-Hijr, ayat 15 bermaksud, ‘Jika Kami bukakan bagi mereka pintu-pintu dari langit, lalu mereka terus mikraj(naik) di langit tersebut, nescaya mereka akan berkata, ‘Pandangan-pandangan kami telah dimabukkan, bahkan sesungguhnya kami kaum yang terkena sihir’ “.

Bertemu Pemuda Ashabul kahfi??

Image
Bertemu Ashabul Kahfi??


Saya pernah berjumpa ashabul kahfi…. Tetapi ashabul kahfi yang saya temui ini …….bukanlah ashabul kahfi seperti yang diceritakan dalam Al Quran. Tatkala saya mengenali mereka saya dapat rasakan mereka mempunyai ruh seperti ashabul kahfi.
Mereka pemuda yang dilimpahi kesenangan..kerana pendapatan perkapita ibubapa mereka. Tetapi mereka memilih untuk tidak hanyut dalam dunia kenikmatan. Dunia remaja remaji….handphone, artis, fesyen-fesyen pakaian, permainan computer, motor, kereta, teman sosial..dan banyak lagi di luar pengetahuan saya.
Mereka memilih untuk mengasingkan diri dan tidur / lelap dari dunia yang menghanyutkan mereka kepada kesesatan dan kekufuran. Mereka mengislahkan diri dan cuba mengislahkan orang lain. Mereka hidup dengan al Quran, ibadat, infaq dan dakwah. Mereka begitu international kerana menperjuangkan nasib rakyat Palestine, Iraq dan semua saudara mereka di seantero dunia.Mereka boleh berbahasa Arab dan Inggeris dengan lancar. Mereka menguasai I…

Apabila dikejar anjing

Image
Petikan dari Segenggam Rindu Untuk Istri oleh Dwi Budiyanto (setelah di alih bahasa)

"Encik, saya hanya ingin bertanya.Kalau anda dikejar anjing, apa yang anda lakukan?tanya sang imam.
lelaki itu terdiam sejenak. Ia belum mengetahui hubungan antara pertanyaan sang imam dengan persoalan yang membelit dirinya. Namun, ia mencuba untuk memahaminya.
"Saya akan lari," jawabnya singkat.
"Oo, begitu," kata sang imam."Dengan lari anda yakin anjing itu akan berhenti mengejar anda?"
"saya tidak yakin."
"kalau begitu apa yang akan anda lakukan?" kembali sang imam bertanya.
" saya akan mengambil kayu. saya akan pukul anjing itu."
"Dengan memukulnya anda yakin anjing itu akan berhenti mengejar anda?"
Mendengar komentar sang imam,lelaki itu kembali terdiam. Ia lalu menggelengkan kepala.
"Lalu?" tanya sang imam
" Ya sudah, saya akan mengonggonginya pula!"kata lelaki itu.
Sang imam tertawa.Entah kerana dorongan apa le…

Lawatan ke Hangzhou dan Shanghai kerana ...

Image
Berikut adalah sebahagian petikan sepucuk surat beralamat Bedok Reservior Road Singapore yang saya terima daripada bapa seorang pelajar saya:


Saya menulis surat ini untuk mendapatkan kefahaman, restu dan bantuan antum

Kami akan insaAllah membawa seluruh keluarga kami wisata ke Hangzhou dan Shanghai dari 20 hb hingga 26 hb Julai 2009. Niat utama kami adalah untuk memerhati gerhana matahari menyeluruh (total salar eclipse) yang disebut sebagai gerhana matahari paling hebat pada abad ini, iaitu yang mengakibatkan kegelapan keseluruhan yang terlam pada abad ini. walaupun gerhana itu juga kelihatan dari Asia Tenggara, namun ia menutupi hanya 20% dari matahari. manakala matahari tertutup 100% apabila dilihat di Hangzhou dan Shanghai

Semasa di sana, kami juga berharap untuk mendedahkan anak-anak kami kepada pengalaman silang sosio-budaya, sejarah Islam di China dan keadaan China masakini secara langsung.
Kami sedar bahawa beliau akan tertinggal beberapa pengajian penting disekolah sepanjang hari…

Jangan switch off

Image
Suatu pagi di sebuah sekolah. Dalam perhimpunan rasmi tibalah sesi untuk guru disiplin membuat ucapan!!!! selama 30 minit masa seakan merangkak kerana waktu itu lontaran kalimat guru disiplin terasa amat menyakitkan pendengaran.
Untuk siapakah lontaran kata-kata itu ditujukan??
Kepada pelajar yang menyalahi disiplin( direct translation: NAKAL)
Siapakah yang mendengar kalimat yang meniti di bibir guru disiplin tadi???.
Hanya pelajar yang baik dan mengikut peraturan.
Kenapa?? Di manakah pelajar-pelajar nakal di sekolah itu??
Mereka di situ tetapi mereka meng"switch off" telinga dan hati mereka.
Bagaimana mereka boleh switch off??
Mereka telah biasa mendengar leteran, sindiran, herdikan... di rumah, di sekolah.
Akhirnya mereka berjaya memasang switch untuk on atau off deria mereka.

Dan akhirnya pelajar nakal tadi semakin nakal dan pelajar baik menjadi semakin cemerlang.

"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, engkau(Muhammad) beri peringa…

Kejadian di dalam LRT

Seorang sahabat saya telah menceritakan sebuah kisah yang boleh dijadikan renungan. Suatu hari di musim cuti sekolah beliau telah membawa anak-anaknya bercuti ke Kuala lumpur dan menaiki LRT. Di Malaysia hanya di KL sahaja ada LRT..Oleh itu aktiviti menaiki LRT menjadi suatu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh mereka sekeluarga.

Seawal pagi mereka telah bersiap-siap. Mereka bertolak dari rumah datuk dan nenek yang terletak di Sg Buloh..Sebelum bertolak si ayah memberi pesanan..Semua dah siap?? sesiapa yang nak buang air...sila ke bilik kecil segera. Maka anak-anak pun bergantian masuk ke bilik kecil untuk melepaskan hajat.

Maka mereka sekeluarga pun naiklah LRT. Kelihatan anak-anak begitu teruja menaiki LRT..menikmai pemandangan kota metropolitan...menyaksikan kesibukan ibukota Malaysia.

Tiba-tiba anak yang berusia 8 tahun merapati ayahnya lalu bertanya... Ayah di dalam LRT ada toilet tak?? Si ayah menjawab dalam nada yang agak kesal...Tadi kan ayah dah suruh pergi toilet sebe…