Posts

Showing posts from May, 2012
Surah Al-Fatihah




Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.



Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ianya dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.



Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ianya merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.



Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.



Kandungannya



Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al Quran, yaitu :



Keimanan



Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahwa segala puji dan ucapan …

Selawat ke atas Nabi Junjungan

Apa itu selawat??

Secara umumnya selawat adalah jama' dari kalimat solat.

Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat.
Dalam pengertian lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Kelebihan atau keistimewaan selawat :

1. Allah swt dan malaikat pun berselawat ke atas Nabi

Firman Allah swt yang bermaksud. " Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya." ( Surah Al-Ahzab:56)


2. Perintah kepada orang beriman yang bertaqwa dan mencari keredhaan

Allah swt telah berfirman:"Sesungguhnya Allah swt beserta para malaikatNya sentiasa berselawat untuk Nabi Muhammad saw.Hai orang-orang yang b…

Check - up Solat

Image
Bagaimanakah solat kita?

Anda solat?
Ya..
Bagus!
Bagaimanakah solat anda?
Adakah anda mengambil wudhu' dengan sempurna?
Adakah anda menjaga waktu...solat di awal waktu?
Adakah anda menjaga setiap rukun-rukunnya?
Adakah anda faham setiap makna bacaan solat anda?
Sekiranya anda faham..adakah anda dapat menjaga hati mengingati Allah?
Adakah anda merasakan hati  merasai  cinta dan kebesaran Allah?

Jawablah sendiri dan mari kita lihat kita di ranking mana?

Menurut ulama-ulama  mereka yang melaksanakan solat  dibahagikan kepada 5 tingkatan:

Golongan Pertama: Orang yang menzalimkan diri iaitu, orang yang tidak menjaga solatnya, tidak menyempurnakan wuduknya, tidak menjaga waktu-waktunya, batasan-batasannya dan rukun-rukunnya

Golongan Kedua: Orang yang menjaga dan memelihara waktu solanya, batasan-batasannya, rukun-rukunnya yang zahir , memelihara wuduknya tetapi tidak melawan hawa nafsunya iaitu tidak melawan  lintasan-lintasanr terlintas di dalam hatinya; fikirannya dipenuhi as-was dan an…