Posts

Showing posts from December, 2012

Bunga warna hitam

Image
Bunga
Saya suka bunga. Sebab ia cantik berwarna warni . Ada bunga putih, merah, kuning, pink, hijau, ungu dan banyak lagi. Tapi saya tak pernah jumpa bunga berwarna hitam. Ada sesiapa pernah jumpa bunga berarna hitam??? Kalau ada sila laporkan. Memang begitulah sifat bunga..mengembirakan. Andai ia berwarna hitam ..kelamlah dunia.
Bunga dan senyuman berkait rapat. Bunga dan gembira bagai bertaut erat. Bunga bukan milik wanita... ia milik lelaki. Tapi awas..bunga yang diberi kepada wanita yang bukan milik lelaki akan mengundang bahaya. Wahai lelaki janganlah sebarangan memberikan bunga milikmu kepada wanita yang bukan milikmu. 


Bunga yang indah akan bertukar membawa padah jika syariat tidak dipelihara.

Keajaiban bumi yang diharumi darah Syuhada..GAZA

Keajaiban-Keajaiban di Jalur Gaza


Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, "tersepit" di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediterania, sera dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.Sudah lama Israel "bernafsu" menguasai wilayah ini. Namun, jangankan menguasai, untuk boleh masuk ke dalamnya sahaja Israel sangat kesulitan.Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan bandar kecil ini. Sekatan rapat yang membuat rakyat Gaza kesulitan memperolehi bahan makanan, ubat-ubatan, dan tenaga, telah dilakukan sejak 2006 hingga kini. Namun, penduduk Gaza tetap bertahan, bahkan perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin menguat.

         Akhirnya Israel melakukan serangan "habis-habisan" ke wilayah ini sejak 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. Mereka "membasahkan" ratusan tan bom dan mengerahkan semua kekuatan sehingga pasukan cadangann…
Alkisah katak…

Sekumpulan katak sedang bergerak di dalam belukar, dan tetiba ada dua daripada mereka jatuh ke dalam satu lubang hitam yang dalam.

Katak-katak yang lain yang nampak kedalaman lubang tersebut memberitahu dua ekor katak tersebut, “Matilah kamu berdua.”

Dua-dua katak itu cuba melompat keluar sekuat mungkin. Tapi mereka tidak berjaya. Dan katak-katak lain menyuruh mereka berhenti men
cuba kerana ini dah sememangnya akan mati.

Satu daripada 2 ekor katak tersebut mendengar apa yang dkatakan katak-katak lain lalu berputus asa dan jatuh mati ke dalam lubang tersebut.

Seekor lagi terus mencuba. Katak-katak lain terus menyuruhnya berputus asa.

Akhirnya seekor katak ini berjaya melompat keluar dan katak-katak lain terkejut.

“Mengapa dia tak dengar cakap-cakap kita ya,: tanya mereka semasa sendiri.

“Sebab, dia itu pekak,” kata seorang sahabat katak yang datang.

Kisah ini membawa dua pengajaran:

1.Perkara yang keluar daripada mulut sesiapa – boleh membantu orang yang sedang muram utnuk…

Seiring jalan ke syurga

Masih era cuti sekolah..bagi yang belum bergelar guru sila jangan cemburu. Abaikan semua rasa atau bayangan untuk anda duduk di rumah dengan anak-anak sambil menjadi suri rumah sepenuh masa. Antara sebab saya berputus asa ketika makan gaji di sebuah firma perakaunan di kaki Bukit Nanas di sebelah sekolah Convent Bukit Nenas..di dalam Halls Buliding...ialah saya selalu terbayang-bayang untuk menjadi suri rumah waktu cuti sekolah. Lalu takdirNya yang terlakar untuk saya ..saya seorang guru.

Malam semalam saya menerima undangan dari pelajar ting 5 Sekolah MenengahIslamHidayah untuk Majlis Perpisahan di Hotel M Suite Johor Bahru. Terima kasih anak-anakku. Moga memori indah bersama akan terpahat selamanya. Andai ada salah dan silap jangan disimpan di dalam dada. Apa pun antum memang kelassss..eventhough you've got only a day to prepare that event. Espsly tayangan multimedia tuh..nanti tampallah kat youtube..tak puas... nak tengok lagi.

Tiada  apa yang ana mampu titipkan buat antum cuma…