Posts

Showing posts from 2011
Image
Murid Sepanjang Hayat: wasiat untuk murid


Terkenang-kenang ketika zaman persekolahan dan di universiti dulu. Saat-saat menadah ilmu yang terkadang disulami pahit manis, susah dan senang malahan suka dan duka.. Menjadi seorang murid merupakan suatu  kedudukan yang istimewa . Status murid menjadikan seseorang itu berada dalam kehidupan yang sentiasa diberkati.Ini disebabkan seorang yang bergelar murid akan sentiasa berdampingan dengan  ilmu pengetahuan dan ahlinya.
Tarbiyatul Aulad karangan Sheikh Abdullah Nasih Ulwan memperincikan adab-adab murid yang setiap dari kita perlu perhalusi:

At Tabrani meriwayatkan daipada Abu Umamah, Rasulullah saw bersabda
"Tiga perkara tiada seorang yang mensia-siakannya, melainkan dia itu seorang munafik: seorang tua Muslim, ahli ilmu pengetahuan dan pemimpin yang adil."

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Sahel bin Sa'ad as Sa'idi bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Ya Allah, Ta Tuhanku! Janganlah sampai aku menemui suatu zaman di…

Bila dimudahkan..jangan sukarkan

Setuju tak kalau saya katakan hidup ni sebenarnya macam permainan bola sepak.Kenapa?? Mari kita renunginya... Peraturan yang mudah dan peralatan yang minima menjadikan bola sepak digilai ramai. Dari si anak berusia 2 tahun hingga ibu tua berumur 60 tahun.... semua boleh layan Permainan ini melibatkan jaringan gol. Dalam bola sepak...kesalahan dikenakan denda..amaran...kad kuning...tendangan percuma...offside(betul ke) dan ...

Hidup ini mempunyai gol-gol yang perlu dijaringkan. Mainlah atau hiduplah tapi peraturan perlu diikuti. Siapa yang tetapkan peraturan hidup ini....Allah Yang Maha Adil yang sentiasa mengadili kehidupan kita. Kita diberi panduan untuk mencapai tujuan(gol) hidup. Hidup ini mempunyai peraturan yang mudah. Yang menyukarkan ialah kita. Apabila kita memilih untuk tidak mengikut peraturan..pasti kita akan dalam kesukaran. Hidup ini adalah perjuangan. Perlu kerja keras untuk mencapai kejayaan. Tidak boleh leka atau ambil mudah. Jika tidak musuh atau pihak lawan akan meng…

Lori rosak ...biar tepi jalan...akibatnya..

Image
Kelas aka bengkel peperiksaan telah setengah jam berlalu... batang tubuh 3 orang anak muridku masih belum menampakkan balam-balam. Ke mana mereka?? Semalam dua tiga kali aku telah peringatkan mereka. Jangan lupa datang bengkel menjawab SPM bagi subjek PA!! Baik ustzh..insya Allah. Mataku sesekali melirik ke pintu. Ishh takkan tak datang. Risau jugak. Al maklum result trial mereka ...hmmm...tak payah nak ungkit lah. Penceramah yang diundang terus meluahkan ilmu dan strategi menjawab soalan peperiksaan. Alamak....kenapa tak datang lagi??? Sedang aku mencongk-congak untuk mendail nombor salah seorang anak muridku itu....kelibat ketiga-tiga mereka muncul. Perlahan-lahan mereka mengambil tempat. Aku pun bingkas bangun dan menghulurkan kertas edaran.
Kenapa lambat??? Owh...jammed ustazah!! Jammed.?? Pagi Sabtu macam ni??? Biar betul?? Betul..( sambil membuat muka yang boleh dibaca: kalau tak percaya...suka hatilah) Kenapa??? Ada accident. Kat mana??? Ala dekat Taman U...dekat-dekat dengan Sh…

Semoga kita tak lagi merungut-rungut

Download e-Book Panduan Lengkap Ramadhan | PKS PIYUNGAN

Saya Menolaknya kerana Allah

Image
Saya menolaknya kerana Allah









Saya punya sebuah kisah. Kisah seorang sahabat. Kisah 15 tahun yang lalu. Walaupun sudah lama dalam lipatan masa tetapi ia masih mekar dalam ingatan saya. Sahabat saya ini seorang yang biasa-biasa sahaja. Keluarganya biasa-biasa, sikapnya pun biasa-biasa sahaja. Hmmm...ntah bagaimana saya ingin menggambarkan sahabat saya ini. Beliau bukannya baik sangat tapi tidaklah jahat atau nakal. Tapi yang agak luar biasa pada sahabat saya ini beliau tidak pernah mempunyai pakwe. Wah...agak luar biasa kerana zaman sekolah tidak berpakwe. Bukan tiada pakwe yang cuba nak tackled tapi dia punya jawapan dan sebab untuk menolaknya. Kata sahabat saya ini..kalau pakwe tackle saya, saya jatuh laa...waaa...saya taknak jatuh kepada kemurkaan Allah.




Jawapan sahabat saya yang sangat skema itu bukannya dari kebijaksanaan beliau tapi....



skema jawapan itu diperolehinya ketika menghadiri ceramah di sekolahnya sewaktu beliau di tingkatan satu....time ni belum baligh lagi katanya. Ustaz …

Nasehat Syeikh Jum'ah Amin untuk Kader Dakwah | PKS PIYUNGAN

Nasehat Syeikh Jum'ah Amin untuk Kader Dakwah | PKS PIYUNGAN

Image
Hari itu hari Jumaat. Hari akhir semester pertama. Selepas itu pelajar-pelajar di hadapanku akan mengecap 2 minggu cuti persekolahan. Tampak jelas keceriaan dan semangat 'cuti sekolah' pada wajah mereka. Jam menunjukkan 12.15 tengahari. Tinggal beberapa minit lagi sebelum gema 'horeyyy' akan memecah keheningan kelas. Hening...yelah.... kerana itu syarat yang aku minta mereka patuhi sekiranya mereka mahu dilepaskan 'on-time'...walaupun suasana hening berjaya ku bina....tapi tidak terhadap pandangan mata mereka...meliar ....melihat rakan-rakan yang lain mulai menuruni tangga sambil melemparkan senyuman sinis. Ahhh..anak-anakku...usia 14 tahun yang kalian sandang itu meluahkan seribu keletah..yang mewarna pelbagai emosiku.



Tinggal beberapa minit lagi...dan aku perlu beramanat..semoga anak-anak dihadapanku punya sekelumit bekal mengharungi cuti mereka.



"Dulu zaman ustzh kecik... tv hanya ada 3 siaran sahaja. TV1, TV2 dan TV 3...itu pun start dah petang-petang.&…

Rumah Karya Pipiet Senja: Perempuan Pilihan Itu Telah Pergi: Selamat Jalan, ...

Rumah Karya Pipiet Senja: Perempuan Pilihan Itu Telah Pergi: Selamat Jalan, ...: "Obituari Tokoh nasional yang memiliki buah hati 13 orang ini sungguh figur yang patut diteladani ..."
Image
Medan itu getir....


Setiap dari kita adalah pejuang di medan ilmu
siapa pun kita...setiap manusia adalah pejuang ilmu.

Pejuang ilmu tidak boleh kalah... akhir sebuah perjuangan kita mesti MENANG.
Andai kita adalah pejuang bangsa yang melangkah kaki ke medan pertempuran...
diakhir perjuangan ...menang atau mati MULIA
mereka punya pilihan lumayan menang atau mati mulia
tapi pejuang ilmu ..pilihan hanya satu
menang sebagai orang berilmu yang tinggi himmah
atau.....


Pejuang di medan ilmu..kalian menggalas amanah agama
amanah ibubapa atau guru-guru sampingan sahaja.
perjuanganmu untuk agama..lillahi taala
kejayaanmu adalah kejayaan agama

Tetapkan keyakinan pada guru yang sentiasa redha
kerana redhanya guru kalian sangat berharga
tetapkan kesungguhamu pada budi bahasa
kerana budi bahasa biasan kejayaan
tetapkan kejujuranmu pada ibubapa
kerana keikhlasan mereka membawamu ke syurga
tetapkan persaudaraanmu pada rakan taulan
kerana ukhuwah yang sejati inti keimanan

Medan ini getir anakku
Medan ilmu ini musuhnya tidak…

Menghimpun Daun-daun Berserakan | DPC PKS PIYUNGAN

Hilmi Aminuddin Menangis di Atas Podium | DPC PKS PIYUNGAN

Hilmi Aminuddin Menangis di Atas Podium

Menyerang Qiyadah Melumpuhkan Dakwah | DPC PKS PIYUNGAN

AKU HANYA BERCERMIN SIMPATI

Image
Palestine dan Bumiku

Palestine..
negeri itu...
beribu batu ..
jauh dariku..

Palestine..
negeri itu..
langitnya biru
sama dengan langitku..

palestine..
negeri itu..
lautnya biru menderu..
pantaiku nyaman diusap bayu..

Palestine itu negeriku..
negeri nabi-nabiku
di sini kupijak negaraku..
palestine itu di hatiku..
di sini tumpah air mataku..

andai ku ketuk pintu semua rumah di Palestine itu
akan disambut hadirku
tangan mugil si anak yatim
senyuman manis si penghafaz Quran
redup pandangan insan ketempangan
atau si ibu tua merindui anak yang dipenjarai Israel lakantullah.

di bumi tempat tumpah darahku
andai ku lewati serambi setiap rumah
apakah yang akan aku temui??
bingit suara TV
hangit bau hamburan rokok
ibu di pangkin menjeruk rasa
bapa di anjung mata berkaca
anak disayang tidak mengenang
teruna dara mengukir onar
diperdu pohon mangga...

negaraku..bumi nyaman
angin semilir bertiup aman
Palestine ..bumi terancam
penuh kerikil dan debu berterbangan
negaraku dan negeri itu
sangat berbeza

negaraku...bumi nyaman
penghuninya dide…